Katil Lipat

Package Box

Beg katil

Brand Sweet Cherry

Buka dari beg

Macam payung

Papan lapik plywood/processed wood balut sponge

Serius, memang macam bukak payung

Siap! Klau tak pasang papan lapik, budak berumur 3 tahun pun ok lagi

Letak kelambu

Dalam banyak-banyak barang baby, aku rasa katil lah benda yang paling banyak aku bincang secara serius dengan Nurul. lebih tepatnya, katil dan stroller (belum beli dan habis fikir lagi). Katil yang terus kami keluarkan dari senarai kemungkinan adalah katil jenis palang kayu. Ada 2-3 sebab kenapa katil kayu tidak menjadi pilihan kami, namun sebab yang jelas adalah:

  • Selumbar (kemungkinan)
  • Takut baby tersepit (terutamanya yang dah aktif bergerak)
  • Senang loose terutamanya dekat bahagian palang

Jadi, kami cuma survey jenis katil besi seperti yang di atas. Katil ni ada banyak jenama. Daripada jenama yang cap ayam sampailah cap gajah berjenama sikit macam Anakku dan Sweet Cherry (belum termasuk ESPRIT dan lain-lain lagi yang aku tolak tepi terus!!!)

Pada 8 January 2011, setelah mendengar ada katil yang agak murah di Tesco Alma, terus aku dan Nurul ke sana untuk membuat tinjauan dan membuat perbandingan harga. Dengan harga RM190.00, aku dan wife bersepakat untuk terus ambil dan malas fikir dah pasal katil. Sebelum ni, ada jugak brand yang tak pernah dengar, tapi harga sampai RM250.00-RM290.00 pun ada. Jadi, dengan RM190.00 ni, kira okay ajalah, malas survey dah.

Katil jenis ‘payung’ ni pun ada banyak jenis. Ada yang steady dan ada yang lembut sikit. Lembut tu bukan dari segi apa, bila pegang tu goyang-goyang. Jadi, aku pun ‘goyang’ sikit nak beli. Harga mahal tapi goyang, baik tak payah. Bika jumpak jenis ni, palang besi dia (dilindungi kain dan sponge) tebal sikit dan bila dah pasang, nampak tegap dan steady sikit. Tu yang terus ambil.

Lepas ni, fikir stroller pulak. Tu pun, aku masih berbelah bagi, nak ambil atau tak.

facebook comments:

5 thoughts on “Katil Lipat

  1. aku pernah beli katil lipat cenggini…pasang memang senang…tapi lepas 1,2 tahun pakai…anak pun dah tak tido dalam ni lagi…ingat nak sedekah kat orang…sekali aku boleh lupa camner cara2 nak melipatnya semula…terkial2 semalaman cari cara2 nak melipat…

    baik2 janji nak bagi orang esok…terpaksa postpone lusanya…heheh..
    Berteromber recently posted..The Best of Saxon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge