Karl Cromok – Shred It Back (2011)

 

Asalnya Mungkin Kemas

Tapi Handling Menyebabkannya Koyak

Semua orang dah tahu yang Karl dah buat comeback. Semua orang tahu yang Karl dah masuk Melodi kat TV3 dan dia masih pakai nama Cromok. Tapi tak semua orang tahu yang Karl Cromok jual semua barang dia DIY dan online sendiri!

Poster Tu Terperoyok Sikit Disebabkan Postal Handling

Buat sesiapa yang masih belum tahu, http://www.karlcromok.com/ merupakan Karl Cromok Official Store yang memasarkan album “Shred It Back” secara terus. Aku tak pasti samada Karl sendiri yang handle atau ada team dia sendiri yang buat, tapi pada aku, ini adalah satu proses DIY yang cukup bagus untuk orang yang malas ke kedai macam aku ni!

2 Barang Utama

Aku berjaya dapatkan pakej DVD+CD+Poster pada harga RM55.00 sehari sebelum ianya dinaikkan pada harga RM60.00. kalau tak silap aku, masa launching album dulu, pakej ni bermula samada dari harga RM45.00 atau RM50.00 kalau tak salah aku la. Tapi entah macam mana, aku terlepas URL site ni dan terlambat buat order.

Owh Brader Karl, Harap-harap lu Ingat nama gua sampai bila-bila

Simple Artwork, Tapi Mendalam

Back Inlay Cover

Menyentuh pasal DVD, ia adalah rakaman setahun lepas iaitu ketika sessi meet and greet antara Cromers dan Karl sendiri. Dalam sessi itu, telah dirakam sessi live Q&A antara Cromers dan Karl tentang pengundurannya dari Cromok dan seperti biasa, soalan berulang tentang Chord dan Tab Another You. Boleh dikatakan, banyak persoalan tentang Cromok terjawab dalam sessi rakaman video ni, di mana ia turut berlangsung sessi jamming Karl yang diiringi oleh… jeng jeng jeng.. bekas line-up NROCINU yang aku suka gila dengan album Keamanan (2008).

One Side Inlay

The Other Side Inlay

Terus terang aku cakap, aku cuma suka satu lagi saja iaitu lagu 1st dalam track CD ni. lagu Petanda (feat. Amy Searh) tu pulak aku tak suka langsung! Terbiasa dengan cara Karl main dalam Cromok buat aku rasa pelik bila Karl muncul secara solo.

Apa-apa pun, aku rasa semua ini patut dimiliki oleh semua thrasher di luar sana. Boleh ke Karl Cromok Official Store untuk memesan naskhah anda sekarang.

 

facebook comments:

6 thoughts on “Karl Cromok – Shred It Back (2011)

  1. aku suka tengok rock bands n musicians keluar album dan lagu2 baru.

    aku suka dengar cerita berapa dorang keluar duit untuk buat rakaman, cetak cd sendiri, semua sendiri….

    dan kita sebagai end-user kalo minat, beli ori.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge