Kari Sembilang

Kena Slow-slow cari signboard ni

Sudah lama aku mencari kedai ni. Hari berkesempatan pi cari sebab Muhaimin tau jalan untuk masuk ke kedai ni. Abang Rahman ngan Abang Jasni dah memang tau dah, kaki ikan sembilang. Selalu kami dok makan kat port lain, hari ni, ada can la kami makan kat sini. Abang Jasni saja yang tak join sebab dia dah kenyang pekena pulut masa breakfast pagi tadi.

Syahdu Mata Memandang. ZzZzzzZZ

Oleh kerana kedai dia terperosok masuk ke dalam dan bersebelahan dengan laut. Memang susah la nak cari kedai ni untuk 1st timer. Nasib baik Muhaimin ada harini, dia yang tunjuk jalan, tu pun tersilap lorong jugak la masa mula-mula tadi. Dari Penang Bridge, menghala terus ke Batu Maung. Teruskan lagi sehinggalah jumpa Kampung Tersusun di Permatang Damar Laut (sebelum melalui airport Bayan Lepas). Kedai ni, kena jalan melalui kampung tersebut dan tembus ke laut. Boleh refer peta yang aku dah mark di bawah sekali.

Lauk-Pauk yang Lain

Ikan Sembilang Yang Diasingkan

Kami sampai awal tadi, jadi orang pun tak la ramai. Yang seronok tu, lauk semua baru saja masak. Panas berasap lagi. Siapa yang tak makan sembilang, lauk-pauk lain macam ayam gorang, Gulai Senangin dan Gulai Pari pun ada. Jadi tak payahlah risau. Kadang-kadang ada orang tak makan sembilang sebab rupa dia macam ikan keli.

ambil seketul saja

Aku bukanlah kaki ataupun hantu Ikan Sembilang, tapi aku makan jugak. Ikan Sembilang atau nama saintifiknya Plotosus Canius adalah dari genus yang terdiri daripada 6 jenis spesis iaitu P. canius, P. fisadoha, P. limbatus, P. lineatus, P. nkunga dan P. papuensis. (Wikipedia). Aku memilih ikan yang aku makan, selalunya yang hanyir-hanyir ni memang aku tak boleh blah. Begitu juga dengan Sembilang. Banyak sembilang sekarang diternak, dan ia akan berisiko untuk berbau hanyir. Tetapi kat kedai ni, tiada bau hanyir.

Tetapi sesiapa yang tak boleh makan gulai/kari masam… Sini bukanlah tempatnya. Gulai Sembilang kat sini memang masam sikit. Aku tanya pekerja kedai ni tadi, sengaja dimasamkan ka? Dan, sememangnya kedai ni memasamkan sedikit rasa gulainya. Aku rasa, mungkin itu rahsianya Gulai Sembilang kat sini tak berbau hanyir. Mengikut rasa selera anak tekak aku, aku suka gulai kat sini.

Berapa Harganya?

Untuk trip kali ni, 4 orang  makan dengan 3 ketul ikan Sembilang dan seketul ikan Senangin, termasuk minuman. Semuanya berharga lebih kurang RM26.00. Harini, Abang Man belanja! Terima kasih! Selamat duit aku. Alamak, aku rasa sedap sebab aku makan free ka? Hrm… Rasalah sendiri. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam, lain mulut lain masam. (apa punya peribahasa da…)

View Kari Sembilang in a larger map

facebook comments:

2 thoughts on “Kari Sembilang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge