Kari Ikan Sungai Pinang

Kari Ikan Sungai Pinang

Eryna Cafe adalah “port” kerap kami di Balik Pulau sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan kerja di bahagian sana. Biasanya, kebelakangan ni kalau ada masalah di sana, kedai makan ni la yang selalu disinggah. Setelah beberapa kali mencuba, ada satu keistimewaan yang ada pada kedai ni yang tak ada di kedai makan lain (sepanjang aku dok pi makan la)

 

Eryna Cafe Sungai PinangBerkonsepkan kedai makan layan diri, menu yang aku paparkan di atas adalah cukup simple:

  • Sambal tumis udang petai/sotong
  • ayam goreng
  • sayur goreng atau sayur sup
  • timun dan ulam
  • sambal belacan

Tetapi perlu diingat, ini cumalah hidangan “sampingan” di kedai ni.

 

Kari Ikan Jenahak Sungai PinangHidangan utama di kedai ni adalah masakan kari. Sajian kari ikan yang utama adalah ikan jenahak, diikuti ikan tenggiri, pelotan, bawal emas, pari dan kadang-kala sembilang. Untuk aku misalnya, dah cukup ketagih dengan kari ikan jenahak ni. Semasa artikel ini ditulis, seketul isi jenahak berharga RM5.50 dan kepala jenahak berharga RM12.00. Harga yang amat berbaloi untuk dicuba, pasti takkan menyesal.

 


View Eryna Cafe in a larger map
Keistimewaan yang aku nak cakap di sini ialah, kari ikan dimasak segar di dalam claypot. Sehidang claypot yang dimasak panas-panas mungkin berisi di antara 8-12 ketul ikan dan biasanya untuk kepala ikan, dimasak dalam bekas claypot yang berasingan. Petugas kedai akan mengambil bahagian ikan tersebut untuk anda, cuma sebut bahagian isi, perut, kepala dan jenis ikan yang anda mahukan. Sekiranya claypot habis, kena tunggu dalam 10-15 minit la jawabnya untuk claypot seterusnya dimasak. Biasanya, dalam satu-satu masa, 3 bekas claypot dimasak dan selalunya satu claypot berisi isi ikan jenahak, satu claypot lagi diisi dengan kepala ikan jenahak dan satu claypot lagi diisi dengan ikan bawal atau pelotan. Ini kombinasi yang selalunya ada, jika tiada stok ikan jenahak, biasanya ikan tenggiri akan mengambil alih hidangan pada masa tersebut.

 

Kari Ikan Pak Kob Sungai Pinang

Keistimewaan kedua ialah, rasa gulai tu. Ini yang penting. Di penghujung rasa, ada feel macam asam pedas sebab dalam gulai letak bunga kantan dan daun cenohom (daun kesom yang buat laksa tu). Ni memang terangkat habis. Ikut petua, ramuan ni untuk gulai ikan darat, tapi tak kisahlah…. Power habis.

Buat masa sekarang, aku memang rekemen kedai ni. Hari Selasa tutup. Kalau nak order untuk family makan (reservation) boleh call Pak Kob di talian 012-416 4445 dan tanya harga untuk berapa orang punya makan. Cubalah!

Tips aku, makan kat kedai panas-panas, jangan bungkus balik. Hehehhe

facebook comments:

5 thoughts on “Kari Ikan Sungai Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge