Kanta Lekap

Astigmatism Lens

Pada 16 April 2012, aku telah mula menggunakan kanta lekap atau lebih biasa disebut contact lens. Knowledge aku tentang bendalah ni memang zero habis. Jadi, terus terang aku memang tak tahu apa-apa pasal benda ni.

Tergeraknya aku nak memakai kanta lekap ni adalah disebabkan 2 faktor – pemanduan dan penunggangan. Pemanduan jauh memerlukan aku berlagak pakai Ray-Ban dan penunggangan jarak jauh memerlukan aku pakai helmet full-face. jadi aku rasa 2 perkara itu sudah cukup untuk membuatkan aku rasa perlu pakai lens ni sekali-sekala.

Masalah pada lens aku sekarang ni adalah ia disesuaikan untuk mata aku yang mempunyai kadar silau yang tinggi, jadi nak letak lens tu kena ikut indicator, tak boleh aci letak aja. Bab ni memang leceh sikit. Buat masa sekarang, aku akan test pakai sebulan. Kalau dah rasa selesa sikit, mungkin aku akan amik package lens untuk tempoh masa yang lama sikit.

facebook comments:

One thought on “Kanta Lekap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge