Kalau Dah Taik Modi :p

19 Mac 2011 merupakan hari ke-9 Cik Elle selamat berada di jalan raya. Tapi macam biasalah, kalau dah tak berkenan tu, macam-macam yang nak dibuat. Aku tinggalkan gambar untuk korang tengok apa yang aku dah ‘rogol’ Cik Elle ni.

Mekanik kedai tayar tu kata gua orang gila, tak sampai 10 hari dah 1000 KM

Window Tinting - Titanium Black (Solar Optik)

Hari Kedua:

Window tinting: Solar Optik – RM650.00

Cat side mirror, door handle dan stripe ikut spec Persona High/Medium Line

Hari Ketiga:

Cat : RM180.00

Hosted at this site, pix credited to Minkara CarView

Hari Keempat:

Pedal/Ignition Key lock (Locktech) – RM380.00

MTX CTC-160 Component set (2-way) – RM450.00

Spoiler R3 Rear View

Spoiler R3 Side View

Hari Kelima:

Survey spoiler persona R3 (asal Gen2). Aku survey saja, taknak pasang lagi sebab pemasangan ni melibatkan boot drill. Sayang. Baik aku menabung dan beli original R3 spoiler dari Proton. Sabar speed, sabar!!!

Testing Rim. Nampak tak rim apa???

Hari Kelapan:

Ingat tak, aku pernah cakap yang aku teringin nak pakai rim original R3? Masa harini, saja aku survey-survey rim dan tayar, jamu mata la katakan. Dalam survey tu, sebenarnya aku survey harga tayar. Nak cari option tayar yang lebih murah daripada harga Bridgestone Potenza yang harga riban gila babi kalau beli 4 tayar.

Dan, secara tak sengaja dan betapa bertuahnya aku, aku terjumpa rim 16″ Satria Neo CPS!!!!! FFFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUU!!!! Rim tu baru lagi, sticker QC kilang masih melekat elok! Owner asal, keluar-keluar Neo CPS tu terus tukar rim. It’s my super lucky day!!!!!!! Aku terus book dan letak Rim original R3 tepi dulu!

Officially a Proton Club member. Tapi aku tak pasang banner lagi

Malam tu, aku menghadiri meet-up pertama aku dengan ahli-ahli ProCC Penang. Dan secara rasminya, aku dah bayar yuran keahlian. Hahahha….

Hahahahah!!!

Hari Kesembilan:

Aku terus beli rim ni!!! Taknak cakap banyak!!!

Satria Neo CPS Original 16″ rim (JRD): RM650.00

Aku ambil rim ni, pasang tayar kat kedai lain sebab tauke taknak kautim dah harga tayar. Di kedai lain ni, berikut ialah harga installation:

4x Maxxis MA-918 205/50/R16 : RM250.00 x 4 = RM1000.00

Stainless steels tubeless valve x4: RM10.00

Wheel chrome nuts: RM35.00

Lock Nuts: RM35.00

Trade in tayar lama: RM130.00 x4 = RM520.00

Total: RM590.00 bayar!

Nitrogen + Allignment: FOC

Rim + Tayar = RM650.00 + RM 590 = RM1240.00

Pasang

Letak minyak sikit...

Test Run!

Selamat tinggal rim besi aka rim pasu bunga

Bersedia untuk beraksi!!!

Aku rasa, aku dah cukup bertuah terjumpa rim Neo CPS ni depan mata, baru gila babi pulak tu! So, R3 rims dilupakan dulu sehinggalah aku puas pakai rim ni. Muekekekekekekekeke….

Selepas Tukar Rim!!!

Selepas Tukar Rim!!!

Selepas Tukar Rim!!!

Total Damage:

Rim/Tires: RM1240.00

Lock: RM380.00

Audio: RM450.00

Painting: RM180.00

Tinted: RM650.00

TOTAL: RM2900.00

Kena berleter dengan Cik Nurul: Priceless :p

Kepuasan hati: PRICELESS GILA PORK!

Maka, secara rasminya, itulah apa yang aku dah ‘rogol Cik Elle dalam 9 hari ni. Hahahahaha… Gilaaa!!! Aku hentikan dulu sehingga “Projek Mega 2011” (pinjam ayat ijau) selesai. Banyak lagi aku nak buat dengan Cik Elle ni. Heheheheh.. Maka, aku namakan scheme aku ni sebagai Proton Persona Beseline Yang Dah Jadi Proton Persona CPS. Kahkahkahkahkah…

facebook comments:

9 thoughts on “Kalau Dah Taik Modi :p

  1. Pingback: Review: The Greatest Rock Album (compilation) « Speedrider Networks

  2. bro.aku dah ada rim sukan neo cps neh.ingat nak taruk tayar 205/50/16 kat persona aku neh.cuma problem dia,kete aku ni pakai lowered spring.jadi ada 2 pertanyaan.1:kalo pakai 205/50/16 ni,adakah kena pakai spring bush lg ke?2:xsagat ke bila pakai 205?ok tak bila for example pulas stering sampai habis?ape ek kene ejas lagi kalo nak pakai tayar tu?ada suggestion lagi x?reply pls tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge