Kabus Ribut

Dah lama tak menulis. Hilang modal untuk letakkan sebarang isi dalam blog yang dah makin hidup segan mati tak mahu ni. Mungkin aku boleh salahkan Facebook; medium media sosial yang nampaknya semakin popular tanpa ada tanda-tanda hendak berhenti.

Aku masih ingat lagi ketika tahun 2009-2010, kebanyakan pengguna Facebook bersungut yang FB makin lama makin bosan dan akan menjadi seperti MySpace dan Friendster; dilupakan. Tetapi aku juga melihat orang-orang yang sama masih menggunakan Facebook untuk letak status semasa, berkongsi gambar, meluahkan rasa tak puas hati, berkongsi info yang betul dan yang salah tanpa ada tanda-tanda hendak berhenti juga. 2014 memandakan sudah 7 tahun aku dengan Facebook. Rasanya dari tahap biasa-biasa dan menjadi semakin teruk sejak adanya aset murah bernama smartphone yang menjadikan aku semakin tidak “smart”.

3 minggu ni merupakan saat paling getir aku menghadap Facebook dan sebenarnya dah masuk tahap menyampah. 3 minggu ni muncul secara tiba-tiba golongan yang mengikut terjemahan mayanya nampak bersimpati dengan isu Gaza, Palestin. Setiap hari menghadap facebook, aku akan nampak perkataan boikot terpampang.

Boikot boikot boikot.

Yang menariknya, majoriti isu yang dipaparkan adalah pemboikotan terhadap McDonald’s. Ditambah pula dengan tambahan perisa Chef Jamie Oliver yang menang kes undang-undang terhadap McDonald’s. Aku tersenyum sinis, tak pasti samada golongan tegar di Facebook ni faham atau tidak antara boikot untuk mendesak ataupun isu makanan tidak sihat. Hal ini ditambah pulak dengan saranan pemboikot-pemboikot yang sangat sayangkan Gaza ni supaya berubah produk daripada McDonald’s kepada keluaran tempatan contohnya Ramly burger. Di saat ini, aku bukan lagi tersenyum sinis, tetapi lebih kepada menepuk dahi sendiri! Apakah mereka tidak sedar, ketika menulis status contohnya “Boikot saja McD, dah la tak sihat, Jamie Oliver pun menang saman. Baik kita makan Ramly” (contoh aja ni) mereka tidak dapat membezakan makanan sihat dan makanan tidak sihat sehingga ke tahap ini?

Beberapa kali juga aku meminta di wall aku sendiri supaya pemboikot-pemboikot ini memberikan satu sumber bacaan dengan fakta yang tepat di mana aku dapat melihat dan menilai sendiri berapa banyak sumbangan yang telah pihak Zionis terima untuk ketenteraan yang menindas Gaza/Palestin. tetapi ianya sunyi sepi. Bukan sekali, tetapi dua kali aku naikkan status meminta penjelasan. Tiada sambutan.

Tak kisahlah, aku pun bukan 24/7 makan McDonald’s. Dan yang paling menarik, pemboikot-pemboikot ini melabelkan mereka yang tidak memboikot ini sebagai manusia yang jijik, tidak sensitif kepada isu Gaza. mereka terlupa, makanan yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Adakah mereka yang mengaku muslim ini terlupa apa hukumnya mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram?

Dalam isu boikot ini, aku (dan beberapa rakan) juga turut merasa pelik dengan tindakan “selective boycotting” hanya kepada McDonald’s. Adakah mereka lupa, senarai rujukan (terutamanya InMinds) menyenaraikan syarikat rokok dan makanan ruji rakyat Malaysia seperti Milo dan Maggi juga? Itu belum masuk telefon, komputer yang kita tengah pakai dan anda tengah baca apa yang aku tulis ni. kenapa tak boikot? Jawapan yang diberikan ialah istiqamah. Boleh aku jawab balik? Istiqamah kepala hotak kamu! Kamu memboikot tanpa ilmu, boikot kamu ikut-ikutan dan jadi-jadian.

Mereka juga menyifatkan kumpulan-kumpulan yang tidak menaikkan status isu Gaza, tidak menukar DP (Display Picture) yang ada bendera Palestin sebagai orang yang tidak sensitif kepada isu semasa dan pro-Palestin. Sekali lagi aku tersenyum sinis. Entah dari mana mereka belajar cara untuk memboikot dan bersolidariti (ukhwah/bersatu) dengan rakyat Gaza/Palestin hanya dengan cara begitu.

Adakah mereka lupa, boikot itu boleh dilakukan dengan senyap dan tak perlu diwar-warkan?
Adakah mereka lupa, doa itu hak setiap Muslim dan sebenarnya tak perlu ditaip dalam status Facebook?

Ah, kita memamg selalu lupa.

facebook comments:

6 thoughts on “Kabus Ribut

  1. Problem with Facebook, ada orang berpengaruh yang ramai pembaca, dan masalahnya pembaca2 tu ada yang tak dapat pendedahan, atau malas nak carik informasi sendiri. Dorang harapkan informasi dari yang berpengaruh tadi. Jadi kalau si Berpengaruh tu ada agenda sendiri, ada muslihat sendiri, ada niat nak MANIPULATE sesuatu isu tu sampai jadi fitnah. Tu la masalahnya.

    Lagipun, Facebook ni dia boleh link2 tau, macam aku tak kenal kau, tapi kalau aku kenal orang lain yang kenal kau, post2 kau pun mungkin aku boleh baca kan?
    So ni adalah satu disease, satu wabak kalau kita tak dapat pendedahan yang sebenarnye.

    Serious ni, aku serious ni pasal aku rasa aku paham apa ko tengah sampaikan.

    Semalam RTM ada interview Viva Palestin.
    Question “cammana orang yang tak dapat pergi Palestin bantu? Apa dorang boleh buat dan sumbang”.
    Ko tahu? Viva Palestin tak jawab sumbang duit ok!!
    Dia jawab “pergi carik ilmu pasal Palestin” tu…

    See? This is a serious and well thought out answer.

    Dan at the end, Viva Palestin tak cakap “ooo sumbang duit sumbang duit” walau they have that channel.
    Dorang cakap “knowledge is Power”.

    Dan aku tak rasa pengguna Facebook, majoriti ada ni knowledge is power attitude.

    Macam siol, sekarang baru nak boycott TESCO!!

    Berapa ramai peruncit peniaga Islam dah habis, peniaga peruncit Islam semua bisnes collapse dari dulu pasal kita nak murah kita support Giant, Tesco ni semua..

    then tetiba nak boycott TESCO. Its a joke la pada aku kadang2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge