J. Krust di Kiosk @ Bertam

Diibaratkan hidup macam roda, setelah aku berada di bawah roda pada hari tu, hari ni aku berada di bahagian atas roda pulak. Jadi, bila dah berada di atas roda ni, bukannya nak hingat masa depan kan? Jadi, aku pun hari ni nak berlagak rasa macam orang kaya.

Aku parking sebelah Lancer 2.0GT dengan bangganya tadi. Lancer, lu kena respect lu punya taiko lama, lu punya old big grandfather… Proton Saga 1.5m Megavalve. Hahahahaha!!

Aku malas cari parking jauh-jauh, jadi aku parking betul-betul depan kedai ni.

Alahai, cinonetnya Expresso ni. Celah gigi pun tak lekat…

Tadaaaaaaa, setelah ditambah gula dan creamer Tesco. Inilah Expresso paling mahal aku pernah minum. RM3.80. Baik minum Expresso dalam tin Nescafe tu lagi best.

Hehehe, first time try. Carbonara With Mushroom Chicken. Rasanya marvellous ketika panas berasap. Makan punya makan, makcik Nurul tak lalu dah katanya. Dia kata, kembang tekak makan. Kesimpulannya… Masa panas memang sedap. Bila dah sejuk… Erm, macam makan pizza sejuk. Sesiapa yang tak lalu, memang nampak macam muntah kucing. Hahahahaah. RM8.00-9.00. Aku tak ingat harganya. Macam mana la mat salleh dok makan benda ni hari-hari. Nasik jugak yang sedap.

Aku punya meal hari ni. Lapar sangat-sangat. Bayangkan lunch pukul 5.30 petang. Gila ker apa? Aku banyak kerja hari ni, gunakan cuti sebaik mungkin untuk bayar hutang, beli barang, pergi Celcom tanya pasal bil yang tak masuk akal dan sebagainya. 1/4 Chicken with 2 Sidelines ni berharga RM12.00. Berbaloi, murah sikit dari Kenny Rogers. Aku makan sampai takleh bangun. Owh, serving ni boleh pilih samada nak amik mushroom sauce atau black pepper sauce. Aku amik black pepper.

Semua aktiviti di atas ni terjadi disebabkan trip aku nak memancing 24 jam di Karang 30 dibatalkan atas faktor cuaca kurang elok. Aku dah siap semua barang, siap beli bekal lagi macam tanak balik sebulan. Abang Rahman kempunan nak test set mesin+rod baru, aku kempunan nak jigging… Abang Azzahari lagi kesian, dia dah beli umpan sotong sampai 5 kilo…. Bayangkanlah, aku apply cuti hari ni sebulan lepas.. Tapi, Allah maha berkuasa, cuaca tak elok. Takkan nak gadaikan nyawa demi minat? Baik duduk rumah buat ibadat sikit.

Last-last, semua megi dan satu karton mineral aku sedekah aja kat mak aku. Bolehla aku makan megi hujung bulan nanti time duit aku dah kering. Hehehehe.

facebook comments:

5 thoughts on “J. Krust di Kiosk @ Bertam

  1. @acecece
    nak buat mcm mana kan? life goes on

    @amalina
    nak buat mcm mana, memang nampak macam muntah kucing pun.

    @paiseh
    btol ker? at least lu ada keta beb

    @karkadewa
    Taik lembu lat bawah, aku kat atas. hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge