Ini Citarasaku

Air Tangan Isteri

Alhamdulillah, harini balik-balik aja rumah dari kerja, lauk dah terhidang atas meja. Deepavali, aku kerja dan Nurul bercuti. Atas kesempatan itu, Nurul nak masak harini.

Dari semalam my better half asyik tanya aku nak makan apa hari ni. Seronok aku usik mintak menu susah-susah macam daging bistik, ayam masak ros, beryani dan macam-macam lah.

Tapi dalam banyak-banyak lauk, ayam ni no satu. Nak kata ros, bukan ros. Nak kata tumis, bukan tumis. Boleh kata, setanding masakan mak. Yang bestnya, kuah banyak. Memang betul-betul masuk taste aku. Ikan terubuk, takua kacang, kerang rebus pun aku letak tepi sat dan keutamaan hanya pada ayam ni dulu. Hahahaha

Terima kasih wahai isteriku, memang sedap lauk harini!

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge