Info: Pembayaran Balik Pinjaman KPM

Terus terang aku cakap, aku agak piss off bila aku terima surat “Tanpa Prejudis” daripada Kementerian Pengajian Tinggi kelmarin. Surat yang ayat “Tanpa Prejudis” kalau tak lain dan tak bukan, ia adalah daripada bahagian pinjaman.

So, Dato’ Khalid Nordin (twitter: @khalednordin) dan MOHE (twitter:  @mohe_kpt), entry ni untuk anda dan sila ambil perhatian.

Notis Pendek Straight To The Point

Aku tak dimaklumkan tentang ‘peralihan tugas’ pembayaran balik pinjaman KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) kepada MOHE (Ministry of Higher Education) dan hanya tau bila surat “Tanpa Prejudis” tu sampai kelmarin.

Ya, yang ni aku consider hutang lapuk. Hutang zaman aku mula-mula belajar. Hutang zaman aku bayar kena pakai wang pos dan lepas hantar pos, resit akan sampai sebulan kemudian. Dan aku bayar sekali tu saja kot. Susah gila nak buat payment time tu. Jadi, oleh kerana surat “Tanpa Prejudis” ni datang time aku dah nak kenduri kawen (memang aku piss poff), aku akan melaksanakan tanggungjawab aku sebagai penghutang duit rakyat ni. Aku akan bayar beransur-ansur.

Yang aku piss off bila talian telefon yang tertera kat atas tu sapa pun tak angkat. Apakejadahhhhhhhhhhh. Nak cari page nak payment pun susah bukan main! Aku dah cari dan jumpak link paling cepat untuk interface  pembayaran loan tersebut iaitu:

https://payloan.mohe.gov.my/sila_fpx/index.php

Jadi, kepada mereka-mereka yang seangkatan dengan aku dan ingin bayar jugak hutang korang tu (wajib bayar la weh, takkan korang nak jadi darah daging korang duit hutang tu, kalau mati lain cerita la, ada takaful insuranskan). Aku bayar pakai CIMB Clicks, tutorial ada kat bawah ni. Baca dengan lebih lanjut okeh!

P/S: Dato’ Khaled/MOHE, sila kemaskan sikit interface payment tu, bagi senang orang cari. Takpun, URL untuk ke bahagian payment tu, pakai la yang pendek sikit, bagi orang senang ingat, contohnya http://www.mohe.gov.my/loan kan senang sikit orang nak ingat. Kerahkan pakar-pakar IT dalam department MOHE tu sikit!

Masukkan IC dan amik Loan KPM tu
Ringkasan Pinjaman kita dipaparkan, tekan Bayaran Balik kat bawah tu
Masukkan amun berapa banyak nak bayar balik. Kalau terlebih kaya dan banyak duit sampai tak tau nak buat apa, bayar terus semua.
Proceed
Macam aku, aku amik CIMB la
Masukkan login dan password online banking korang
TAC Request. Kat sini memang macam apa lagi. Window Kecik! Kena manual scroll bawah
Kalau window kecik, klik background, manual scroll tekan arrow down tu, masuk TAC number dan proceed
Confirmation FPX
Resit MOHE. Print screen atau print terus buat simpanan sebagai bukti pembayaran Amat berguna, berdasarkan pengalaman aku deal dengan PTPTNipu dulu

facebook comments:

3 Replies to “Info: Pembayaran Balik Pinjaman KPM”

  1. tq so muchhhhh kongsi benda ni…memang bila dh peralihan tugas gitu jadi tension tak tau nak byr cmner…

    skrg dh paham

    tq ok…
    amieylee recently posted..Dating dengan Nana

    1. sama-sama.
      Lega dapat membantu 🙂

  2. […] Aku rasa mungkin kerana aku kerap sangat belek henpon, anak pun dah mula tunjuk perangai yang sama. Pantang nampak henpon, pasti nak dipegangnya. Tambaha-tambah pulak sekarang ni dia minat video klips lagu kanak-kanak kat youtube, kadang-kadang jenuh layan. Jadi, aku dah ambil keputusan muktamad. Sempena usianya cukup setahun harini, aku akan berikan Aigopad M60 untuknya. Sekurang-kurangnya dia tak lempar henpon aku dan wife sampai pecah, hehehehe. Dalam Aipod M60 tu pun aku dah pre-load dengan lagu-lagu youtube favourite dia (download siap untuk offline view), i-Quran dan dalam proses nak cari 2-3 apps yang sesuai untuk pendidikan kanak-kanak. Rezeki budak-budak zaman sekarang, zaman aku dulu jangan harap. Henpon pertama dulu pun mengharap ihsan loan KPM. […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers