I Support You!!!!

Kata-Kata Peransang Teaming With Passion

Akhirnya, aku tersenarai dalam kumpulan terakhir untuk kawasan Utara yang diwajibkan untuk menghadiri kursus ‘Teaming With Passion” yang diilhamkan oleh Dr. Lawrence Walter Ng. Ya, untuk tahun ni, kumpulan yang terdiri daripada lebih kurang 120 orang menghadiri sessi terakhir kursus Teaming With Passion (TWP) bertempat di Hotel Summit, Bukit Mertajam – Tempat legend Mastika kata bebudak Black Metal Pijak Al-Quran tu….. (penipu betoi).

Budak Botak Ni La Yang Jadi Mangsa

Seperti biasa, aku taktau la awat aku selaku orang paling hampeh hampir pasti akan dilantik menjadi ketua. Betul la kata pepatah; hampir semua pemimpin adalah mereka yang dibenci (speedrider, 2011). Sebenarnya, aku paham. Apabila ditanya, “sila lantik salah seorang daripada ahli kumpulan anda menjadi ketua”, semua orang akan lari daripada memikul tanggungjawab. Dan akhirnya akan terletak atas kepala botak aku ni.

Setiap aktiviti yang berlangsung, setiap orang akan bercakap walaupun kata putus telah diambil. Sebenarnya ini adalah satu tabiat yang amat tidak baik dalam menjalankan kerja; dan serius, aku tak suka macam tu. Bila perbincangan diadakan, semua diam. Dan apabila aktiviti dijalankan, semua orang mula bagi idea yang tak dibincangkan tadi – dan biasanya aku akan ‘veto’kan semua cakap-cakap orang tu. Last minute idea selalunya aku tak terima dah, sebab akan melambatkan aktiviti dan plan yang berjalan terpaksa dirombak 100%. – Ya, itulah sifat ketua diktator seperti aku. Hahahaha, sapa suruh lantik aku jadi ketua kan?

Radin tetap Radin!! Haha

Ok, kursus yang dijalankan ni, berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama, tugasan yang diberikan selepas waktu kursus adalah untuk membuat satu esei berjudul “A-ha!” (memang ada dalam modul kursus) dan satu lagi, peserta harus sms/call/cakap sekurang-kurangnya kepada 3 orang yang tersayang/team member/colleague/bosses apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kata-kata semangat seperti gambarajah pertama di atas. Aku memilih untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja aku la semestinya. Kawan-kawan yang dah pernah pergi TWP ni, dah tentu la jawap balik pun cara kursus. Tapi kalau yang tak pernah pi macam kawan aku, Radin ni… Mula la jawapan pun pelik-pelik. Hahahaha…

Tak Kisahla Walaupun PA Dato Yang Jawab

Ok, dalam banyak-banyak bos, aku sms 5 orang top bosses dalam tempat kerja aku. Dan yang bestnya, semuanya balas sms aku. Walaupun sms Dato Seri Zamzam Zairani ni sememangnya PA Dato yang jawab, sememangnya aku teruja, dan difahamkan last batch kursus TWP ni paling ramai sekali yang menerima SMS balasan dari Dato Seri Zam. Yeah, tq Dato (dan PA Dato..). Ok, dalam modul kursus TWP ni, setiap apa-apa aktiviti akan mendapat balasan reward “duit”, dan setiap balasan daripada top bosses adalah 1 Juta setiap ahli (sekiranya ada yang buat assignment hantar sms ni)

Dan seperti biasa, ahli lelap sememangnya ada. Aku tak tahu la, kenapa malu sangat nak melibatkan diri dalam aktiviti kursus ni. Ya, TWP ni adalah kursus yang sememangnya takleh duduk diam, jangan harap nak terlelap. Aktiviti macam-macam, pecah peluh jugaklah (dan aku sakit belakang lepas kursus!). Masa hari kedua, semua ahli cakap dalam mini-meeting yang diaorang akan participate 100% dan akhirnya….. Aku sorang ajalah yang paling dengar suara dalam kumpulan, Nak jawab soalan pun suruh aku jawap! Adoi!

Jadi, apa perubahan yang boleh aku buat selepas kursus ni? Insya-Allah, aku akan lebih positif. Kalau ada benda-benda negatif, aku akan buat mental Warrior position dan akan kata, MENTAL-WARRIOR, MENTAL WARRIOR – CANCEL-CANCEL GO AWAY! Hahahha (macam mental pulak kalau aku buat)

 

P/S:

Target duit: 30 Juta

Group aku dapat last dengan jumlah duit 82 juta sebab team lain main tipu banyakkkkkkkkkkk. Hahahhahaha

facebook comments:

One thought on “I Support You!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge