HSBB: Satu Penanda Aras

Sebenarnya, aku nak tulis benda ni semalam, iaitu sempena pelancaran rasmi NBI atau National Broadband Inisiative atau dalam bahasa anti-PPSMI ialah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan. Dengan ini, Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) diperkenalkan oleh TM Berhad untuk memenuhi pelan jalur lebar negara ini. Tapi aku terlupa renew domain speedrider.org dan menyebabkan domain digantung semalam.

Untuk makluman tambahan, kalau tak silap aku TM Berhad telah menyumbangkan sebanyak RM8 Billion untuk projek ini dan RM2 billion lagi adalah daripada Kerajaan Persekutuan. Menurut Utusan Malaysia, angka terbaru projek ini ialah RM 11.3 Billion.

Sebelum apa-apa, bukan niat aku nak mengajar atau apa-apa kepada semua orang. Tapi, aku terpaksa buat artikel ni untuk menyedarkan ramai pihak yang masih tak paham atau buat-buat tak paham pasal internet kat Malaysia ni.

Hal ini ini ialah kerana aku secara tak langsung terlibat dengan HSBB. Jadi, sempena pelancaran NBI, barulah aku nak buat artikel ni.

Bercakap pasal monopoli, aku rasa pendapat ni sungguh amat tak adil untuk diperkatakan. Secara rasminya, terdapat 33 ISP sekarang di Malaysia (rujuk). Jadi, kalau dah jadi ISP, tak payahla nak dipertikaikan tentang backbone yang digunakan dan seterusnya dikaitkan dengan monopoli. Kalau rasa ‘dah power’, pakailah backbone sendiri.

Ramai jugak yang komplen pasal TM. Pada pendapat aku pulak, kalau rasa problem sangat… Jangan banyak songeh, ada dekat 30 ISP lain yang boleh pakai (kalau nak).

Pasal harga, seringkali ramai merungut dengan pakej harga yang ditawarkan di Malaysia. Contohnya £33.00 (33 pound) di UK untuk 50mbps package. Kalau convert, lebih kurang RM163.50. Pada aku, hal ni betul-betul orang kata “nak compare, biar apple to apple la

Tahu tak berapa kos nak buat civil works di Malaysia ni untuk infrastruktur? jadi, kepada mereka-mereka yang dah pernah study kat luar, merungut banyak, kemudian dah grad, samada jadi Proffesional takpun prof, Dr, dan sebagainya. Tolong berfikir secara waras dan jangan mengikut emosi.

Off topic kejap, semalam masa pelancaran NBI juga merupakan hari aku yang ke-100 tanpa tembakau. Kebetulan saja ni, tapi memberi makna yang besar.

——————————–

Masa mengikut kelas MAKROEKONOMI, Prof kat USM tu cerita pasal taraf hidup dan dia bagi comparison antara Australia-Malaysia. Katanya, lebih kurang macam ni:

Gaji, RM1800 – A$ 1800.00

nak beli ayam…

Kat Malaysia RM18.00 1 KG

Kat Australia A$6.00 1 KG. (ni mungkin Abang Ben Krenmaut boleh perbetulkan)

Nampak tak living cost yang cuba nak disampaikan? Prof tu kata antara sebab inflasi di Malaysia adalah kerana Nilai Matawang kita yang rendah, kemudian relate pulak dengan kenapa Duit Daun Pisang (Zaman jepun dulu) takda harga. Kenapa? Sebab wang dicetak terlampau banyak yang menyebabkan nilai wang tiada.

Dah nama pun belajar, soalan pun dah tentulah pun macam bodoh-bodoh sikit kan? Soalannya senang saja…

Prof, kalau disebabkan tu, kenapa Bank Negara tak limitkan saja pengeluaran wang Malaysia, bila dah limit, tentulah nilai mata wang kita naik balik, seterusnya mengurangkan inflasi

Soalan killer yang Prof tu tak jawab sampai hari ni. Aku cari dalam forum2 USM pun takder jugak.


2 Video di atas ialah contoh test yang aku buat kelmarin. Walaupun benda ni sebenarnya di test sejak 3 tahun lepas (untung tak, dapat merasa awal). Berikut ialah antara ciri-ciri kasar HSBB package yang mungkin ditawarkan:

Triple-play services – Broadband, IpTV dan VoIP.

Setakat aku tulis artikel ni, kawasan yang dicover ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar dan insya-Allah, akan diperluaskan ke 22 kawasan lain sehinggan Jun 2010. Seterusnya akan memenuhi Malaysia pada… er… Aku taktau.. Pasal harga, jangan tanya aku. Aku bukan orang sales. Boleh rujuk di TM Point yang berdekatan atau di website TM sendiri.

Pada aku, apa-apa orang nak cerita pasal harga kat negara luar ke apa ker, pada aku “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri“. Kita dah terbiasa suka komplen itu dan ini, sehingga terkena batang hidung sendiri barulah akan diam. Kadang-kadang dah terkena pun tak reti duduk diam jugak.

Update 26 March 2010:

Berikut ialah pakej yang ditawarkan buat masa ini.

facebook comments:

4 Replies to “HSBB: Satu Penanda Aras”

  1. aku lebih suka hujan emas…

  2. aku nak sesuatu yg mobile… bandwidth dan byrn blnn yg so-so, coverage luas, wlupun kat ceruk2 pedalaman masih dpt line wlupun hanya sekadar GPRS (atleast kat kmpg aku dpt EDGE). sbb tu aku pilih **L*** broadband

    tp nmpk ketara skrg ISP mobile internet dah byk, dan persaingan hardware pun dah byk. sbb 3 thn lps (2007) seketul modem 3G bsr sabun harga RM799, skrg RM150 pun dah blh dpt modem 3G cap ayam sebesar ibu jari

  3. mus, senarai isp tuh patutnya kurang dari 33. yerlah bro, 1 syarikat yg sama ada beberapa servis berlainan. aku dok kira dlm 22 saja.

  4. kdlove
    ISP, walaupun satu kompeni yang sama, tapi servis yang berlainan.. kena kira jugak atas apa pendaftaran servis dia tu………… Ko tengok maxis contohnya, aplikasi tak sama tu. Sama jugak dengan TM. Unifi dan Streamyx routing yang lain sikit bro. Sebab tu dikenali sebagai pakej Unifi, walaupun bundling di last point mungkin sama untuk international nodes.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers