Siapa Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana telah mengunjungi blog Speedrider Networks. Aku, Musyrif Bin Abu Bakar adalah anak jati Pulau Pinang yang telah dilahirkan pada tahun 1983. Aku memulakan pendidikan awal di SRK St. Mark Butterworth pada 1990-1995 dan kemudian telah melangkah ke alam pelajar sekolah berasrama harian di Penang Free School pada 1996-2000.

Aku telah melengkapkan pengajian dalam bidang kejuruteraan elektronik komputer di peringkat sijil di Politeknik Seberang Perai pada tahun 2003 sebelum menyambung semula pengajian di peringkat Diploma pada tahun 2006. Sekarang, aku meneruskan cabaran sebagai pelajar separuh masa untuk pengajian Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia sebagai seorang pelajar pengurusan.

Aku merupakan seorang penulis blog separuh masa. Tulisan di blog berdasarkan apa yang ingin ditulis terutamanya tentang Muzik Rock, Makanan dan Motorsikal. Jangan harapkan sesuatu yang hebat daripada blog ini kerana ia cumalah tulisan yang berlandaskan minat aku dalam beberapa perkara dalam kehidupan seharian. Antara tulisan yang paling meninggalkan impak adalah Kembara Malaysia: Ride Solo Satu Malaya yang telah disiarkan di dalam Majalah Roda-Roda pada Jun 2010.

Recent Posts

Proton Preve Door Check Strap Replacement

Merata aku cari nama bendalah ni. Selama ni aku ingatkan benda ni ‘latch’ tapi bukan nama yang betul. Sembang-sembang dengan Drex Chan di Facebook, baru aku tau nama benda ni Door Check Strap.

Setelah 5 tahun, bahagian pintu pemandu kereta aku tu dah berbunyi teruk. Tiap kali buka pintu, bunyi macam nak luruh pintu disebabkan benda ni. Silap sendiri juga sebab tak jaga dengan letakkan gris atau minyak. Aku syak, benda ni karat sebab terkena air waktu aku basuh kereta.

Tanya dekat kedai, lebih kurang RM70-80 harga barang sekali pasang. Tapi dengan keadaan kewangan aku yang tak beberapa mengizinkan, aku kena cari cara jugak macam mana nak jimat sikit.

Tak lain dan tak bukan, buat sendiri!

Memandangkan belum ada tutorial, aku buat la. Semoga semua mendapat manfaat. Kereta lain pun lebih kurang saja ni, cuma harga parts saja berbeza.

Continue reading



  1. Berakhir Sudah 3 Replies
  2. Tumbangnya UMNO 3 Replies