Hi Run Bukan Hairan

Berbelit pulak tajuk aku kali ni.

Aku tengah ada kat office. Kerja tengah-tengah malam sebab ada PMW. Jadi, sementara tunggu team yang buat PMW habis buat kerja, sebelum part aku nak confirmkan semua sistem up dan running, sempatla aku update sikit blog ni.

Bersempena Classic Rock Tribute Concert 2009 di Bandar Perda, aku singgah kejap dengan Mizie dan Botak. Mizie paling senior dan aku pulak jatuh paling muda. Mizie memang hidup di zaman Rock sedang berkembang pesat, jadi tak hi-runlah kalau kami bertiga ada sekali tadi.

Konsert kalau mengikut flyer, start pukul 9 malam. Aku tiba tepat pukul sembilan, dan setelah menunggu hampir sejam (mengalahkan Search dan Wings), konsert pun bermula. Order makan pun sampai lambat. Nampaknya, pelayan-pelayan yang amik order kena hantar training dulu di Bistro Bukit Bintang, servis memang slow tahap cipan. Apa-apa pun, aku seronok betul dah ada live band show macam ni kat Penang. Sekurang-kurangnya, taklah menonong nak ke Bukit Bintang nak tengok live band tiap-tiap minggu.

Hi-Run adalah 7 pieces band, 1 vox, 3 guitarist, 1 bassist, 1 drummer dan 1 keyboardist. Dianggotai secara rojak oleh bekas-bekas anggota Crosstown, Mutiara, Wow dan Wild Age. Huh, patutlah ramai. Hahahaha.

Petang sebelum konsert, aku sempat telefon abang Din Crosstown samada dia akan turut serta atau tidak. Ketidakhadiran Abang Din melemahkan sikit semangat aku nak ke konsert ni. Aku mengenali Abang Din, adalah sebagai guru tak rasmi tak berbayar untuk info-info tentang guitar Fender dan Squire. Rasanya kalau aku tak cakap pun, tentu ramai otai Penang yang kenal dia, sebab dia bekerja di sebuah kedai alatan muzik di Pulau Pinang jugak. Mungkin dia ada hal, takperlah.

Yeargh, brader Zainul Kamal ni, merupakan senior sekolah aku. Dia yang info tentang konsert ni, kalau tak, memang haram aku tak tau. Kerja ja memanjang, jadi melalui e-group Old Frees lah aku tau tentang konsert ni. Pakai kemeja nak main lagu Iron maiden yang tatahan tu…

Ni adalah list tak rasmi yang aku dapat dari bro Zainul Kamal:

1ST SESSION

1. FINAL COUNTDOWN – Europe
2. WASTED YEARS – Iron Maiden
3. HEAVEN AND HELL – Black Sabbath
4. HOLY DIVER – Dio (*)
5. ARES LAMENT – Loudness (*)
6. HERE I GO AGAIN – Whitesnake (*)
7. HYSTERIA – Def Leppard (*)
8. MASTER OF PUPPETS – Metallica (*)
9. POWERSLAVE – Iron Maiden

2nd Session – Arabian Fire akan memainkan lagu-lagu tribute Sweet Charity.

3rd SESSION

1. 22 ACACIA AVENUE – Iron Maiden
2. ROCK YOU LIKE A HURRICANE – Scorpions
3. STRANGER IN A STRANGE LAND – Iron Maiden
4. CARRIE – Europe (*)
5. HEAVY CHAINS – Loudness (*)
6. SAMARKAND – Bloodshed (*)
7. DON’T TALK TO STRANGERS – Dio (*)
8. FOREVER – Y&T
9. HALLOWED BE THY NAME – Iron Maiden
10.HIGHWAY STAR – Deep Purple

ENCORE (Reserve)
1. TWO MINUTES TO MIDNIGHT
2. ACES HIGH

Tapi, aku sempat tengok 4 jer lagu diaorang perform iaitu Final Countdown (Europe), Lagu Whitesnake yang aku lupa tajuknya, Carrie (Europe) dan Wasted Years (Iron Maiden). Lepas tu terpaksa blah sebab nak masuk kerja. Jadi, kalau ada antara korang yang sempat tengok sampai habis, berilah komen. Rugi betul aku tak sempat tengok sampai habis.

Komen aku:
1. Servis makan hancur
2. Sound sistem pun hancur (ada technical problem masa lagu Carrie tadi)
3. Tapi boleh dipejamkan mata sebab konsert free punya pasal. Hehehehe…..

facebook comments:

6 thoughts on “Hi Run Bukan Hairan

  1. kebetulan aku kat sana mlm tu…Tabik spring pada khalid dari atabian fire. Solo sweet chat mantap. sound melekat bro… rosli mohalim tengok boleh nangis… Haider punya sound guitar ntah apa-apa. To many guitarist on the stage … overall walau hi run main banyak lagu aku lebih tertarik dengan arabian fire… Hirun lebih kepada bunyi bising dari perform muzik that night, sorry bro … ikhlas

  2. Pingback: Crosstown – Jejak – Jejak (1994) - Speedrider Networks

  3. Pingback: BOTB: Metal Batallion « Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge