Hero Burger Bakar

Stall burger dalam food court atau Astaka

Akhirnya setelah diracun dengan hebat oleh kawan aku, Muzafar hadi dan Luth, aku akhirnya sampai jugak kat sini! Hero Burger Bakar telah memulakan perniagaan mereka secara rasmi pada hari Jumaat, 15 Jun 2012. Aku tak dapat join hari pembukaan bersama Muz dan geng-geng motor lain kerana demam. Sedih kat aku kan?

Tapi yang paling aku tak tahan bila si Luth dah promo baekkkkk punya kat blog dia, mana boleh tahan! [baca di sini]. Nasib baik la si Muz ni bukan jenih nak ambik gambar banyak-banyak, kalau tak, siap la demam-demam pun aku redah Penang Bridge nak pi test!

 


View Hero Burger Bakar in a larger map

Senarai harga

Tukang masak rupanya seorang kawan lama!

Bila aku nak ambik order, rupanya jumpa lagi seorang kawan lama! Kerja kat kilang sekali dulu, sebelum kami berhenti dan membawa haluan masing-masing. Dulu aku jumpa dia kat Pizza Hut, sekarang aku jumpak dia buat part time masak burger. Memang ditakdirkan kami bertemu di tempat-tempat yang ada makanan. Hahahaha…

 

Solo Beef Patty, buat tapau balik rumah

Saiz daging

Dari segi jangkaan aku, ternyata agak meleset kerana aku mengharapkan daging cincang buatan sendiri (home-made), ala-ala chef dok masak, ataupun burger yang selalu aku tengok diorang buat BBQ tu. Tetapi, daging ni boleh tahan besarnya dan puas hati kenyang. Solo Beef Patty ni aku tapau balik rumah untuk mak mertua, tapi mak mertua tak makan sebab nak check blood pressure di klinik keesokan harinya tu, jadi alhamdulillah, selamatlah Solo Beef Patty ni ke dalam perut aku dalam acara larian solo untuk breakfast di keesokan harinya…..

 

Double Trouble!

Burger Drouble Trouble ni adalah burger yang aku pilih malam tu untuk dicuba buat pertama kali, Double Trouble! (sebab ala-ala WINGS dan SEARCH sikit, hahahahaha). Untuk double trouble ni, kandungannya ialah 1 patty, 1 keping isi ayam tanpa tulang, 2 biji telur dan 2 keping cheese. Semuanya double kecuali patty dan ayam, yang troublenya adalah cara nak makan sebab takleh pegang! Sudu, garpu dan pisau steak disediakan, campuran sos rasanya hebat dan burger ni aku berkongsi dengan Mrs. Speedrider dengan kuantiti 20%-80%, di mana, bahagian peratus terbesar dimakan oleh Mrs Speedrider. Ok aku tipu, aku yang habiskan semuanya. Dan……… kami tak dapat pun wedges seperti yang diiklankan tu……. Mungkin pihak Hero Burger Bakar kena  tambah sikit stok wedges tu sebab ia diiklankan di depan gerai! Tak aci la kalau stok wedges cuma sebungkus; disclaimer “selagi stok masih ada” digunakan. Pada pendapat aku, lebih baik jangan janjikan sesuatu yang pelanggan susah nak dapat, langkah itu lebih selamat. Tengok, kan aku dah ungkit dalam blog? (ini contoh la).

Sesiapa yang duduk di kawasan berdekatan tu, bolehla mencuba. Sekali sekala mencuba apa salahnya kan? Hero Burger bakar dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa. Mereka boleh dicapai di www.facebook.com/HeroBurgerBakar (tagline menarik: jadilah Heroes Kami) dan boleh menelefon mereka di 011-26420334 (memang ada 8 angka) untuk pengesahan kedai dibuka atau tak (atau kalau anda customer tetap, bolehla order siap-siap). Semoga Hero Burger Bakar akan terus maju, mengekalkan kualiti burger dan yang paling penting, jangan melakukan kesilapan seperti peniaga-peniaga burger yang lain dari aspek menjaga pelanggan.

facebook comments:

5 thoughts on “Hero Burger Bakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge