Helmet SOL-68S Dragon

Boleh pulak aku terlupa nak review helmet yang dah banyak berjasa pada aku semasa hari-hari berkonvoi dan yang paling penting, sewaktu RSSM. Helmet ini ialah keluaran SOL atau dikenali sebagai Gmax di pasaran US dan modelnya ialah SL-68S Dragon.

 

Dragon tu sebab grafik di bahagian helmet tu berbentuk naga, dan ia direka oleh YF Design; pereka grafik yang pernah digunakan oleh Norick Abe, Alex Criville, Toru Ukawa, Tetsuya Harada dan lain-lain pelumba lagi.

 

Antara ciri utama helmet ni yang aku suka ialah ia diatangkan khas dengan LED Blinker di bahagian belakangnya. Dengan 3 mod kerlipan iaitu kerlipan tetap, laju dan perlahan; ia menjadikan tunggangan di waktu malam lebih selamat melainkan pemandu yang mengekori penunggang yang memasang lampu ini buta warna dan silau tahap kronik, hehehe…

 

Sepanjang aku pakai, rasanya kesan calar yang jelas nampak pun cuma yang ni. Lain-lain tu cuma ‘calar-calar rambut’ kesan dari penggunaan dan bekas lap. Rasanya lah… Mungkin aku boleh bagi keadaan sekarang adalah dalam 8/10. Mungkin?

Visor pulak, yang original aku tak pakai langsung memandangkan aku lebih selesa pakai visor dengan kemasan “iridium-clear” yang membolehkan ia dipakai pada waktu malam juga. Kalau pakai jenis “Iridium” saja, memang ia akan memberikan ‘kemasan cermin’, tapi langsung tak boleh dipakai pada waktu malam sebab gelap.

 

Antara ciri-ciri helmet ini ialah: (aku copy paste dari web SOL)

  • 19 vents. 9 intake vents and 10 large exhaust vents to get the hot air out. Max air flow is achieved through shell/styro comfort liner vents
  • high air flow top intake vents feature larger controls for easy use with gloves
    lightweight, multiple shells and styros
  • DOT approved, lightweight thermo-poly alloy shell with water decals and quality clear coat finish
  • plush, removable, washable COOLMAX interior
  • removable, adjustable cheek pads with optional sized cheek pads
  • interior designed for noise reduction with noise reduction cheek pads, vented chin curtain and rear neck roll
  • padded chin strap with D-ring closure and retention snap
  • patented L.E.D. light on rear helmets is incorporated into the rear vent. Unobtrusive with different easy to use light settings
  • anti-scratch optically corrected shield with easy tooless removal
  • molded front air deflector directs hot breath air away form shield to reduce fogging and the adjustable chin vent directs fresh air upward across the inside of shield to help reduce fogging

Aku rasa, mungkin aku patut jual helmet ni memandangkan aku dah ada helmet lain dan nak upgrade ke helmet baru.

facebook comments:

2 thoughts on “Helmet SOL-68S Dragon

  1. Pingback: Selamat Tinggal Sayang | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge