Hausboom – Roti Bakar

Pelik tetapi benar.

First time aku jumpa air dengan perisa roti bakar. Dah nampak banyak kali iklannya tapi tak sempat beli. Akhirnya aku beli jugak sebab teringin nak tahu rasanya macam mana.

Aku terlepas sehari dari 2 Oktober 2019 (Rabu) sebab cuma haritu harganya promosi kaw-kaw iaitu RM1.70 sebotol di 7-Eleven. Hari-hari lain memang harganya tahap Yahudi, RM3.50.

Owner sendiri pun sempat buat lawak di FB dia memaklumkan yang Hausboom tidak lagi berbangsa Yahudi. Jangan la serius sangat, kalau harga Yahudi tu rata-rata faham maksudnya mahal.

Mula-mula aku skeptikal jugak. Buka tudung, ambil bau….. Ok, bau roti bakar + mentega, wangi.

Minum tegukan pertama. Rasa pelik. Lain macam.

Lepas tu, feel roti bakar dengan caramel mula timbul. Tegukan kedua terus jatuh cinta. Sebijik macam puding caramel versi tak manis sangat tapi manis, eh susah nak cakaplah!

Kena selera tekak aku. 5 bintang aku bagi!

facebook comments:

One Reply to “Hausboom – Roti Bakar”

  1. akan cuba diburu…
    Ijau D. Koceng recently posted..MUP @ Borneo UGTV (Part 2)

Leave a Reply to Ijau D. Koceng Cancel reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers