Hari Tak Selalunya Cerah

Siapa tak nak hidupnya gembira? Semua dari kita mengharapkan hal yang sama. Senyuman kadangkala boleh ditafsir secara terus, dan kadangkala ia adalah satu lakonan semata-mata. Dapatkah kita menangani segala bentuk dan ragam manusia di sekeliling kita?

Setakat manakah perhubungan kita bersama yang tersayang? Adakah kita ikhlas bersamanya. Adakah semua janji kita benar sewaktu mengucapkannya? Pernahkah kita memungkiri segalanya, hanya untuk memenangkan kita? Hitam putih kehidupan, pasti akan ada yang kecewa. Setiap janji nyata 100% tidak boleh dipegang bulat-bulat. Bersetuju atau tidak, aku sudah melalui semuanya (tinggal tak kawin dan ada anak saja).

Si anak kecil bebas melakukan segalanya. Tiada masalah, dan sentiasa gembira. Kenyangkah dia? Gembirakah dia? Nyata, walaupun aku tidak pernah bergelar bapa, aku sedar sewaktu kecil, aku sentiasa diberikan perhatian makan minum aku. Walaupun birat rotan di betis adalah perkara biasa di waktu kerja sekolah tak siap, ataupun tak reti pulang ke rumah pada waktu senja.

Sentiasa aku berdoa agar hidup dan urusanku di dunia dan akhirat dipermudahkan oleh-Nya.  Aku sedar aku siapa. Aku bukan Garuda di Titiwangsa, aku cumalah secebis tayar dalam motosikal yang menunggu waktu reput di tepi jalan selepas ditukar yang baru.

Apa pun. Hidup aku mesti diteruskan. Betapa banyak rintangan sekalipun, itu dalah lumrah dan pahit yang patut aku telan. Hari ini tak semestinya sama dengan hari esok. Dan hari ini tak akan sama seperti semalam. Hari yang cerah pada hari ini tak semestinya akan terus cerah pada hari-hari yang berikutnya. Namun, bak kata ramai kutu-kutu rock yang lain; Hidup Mesti Terus! Dan semestinya buku itu akan aku rebus!.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

8 thoughts on “Hari Tak Selalunya Cerah

  1. Sabar lah Mus..setiap org akan diuji, cuma ujian mereka berbeza mengikut kemampuan..

    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

    -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

  2. Sabar Mus.. “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

    -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

  3. Sabar Mus.. “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”

    -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge