Hard Graft Records

Hard Graft Records 2

Melihat entry Bentara di Krenmaut ketika berada di US amat menyakitkan hati (mungkin timbul perasaan dengki jugak, hahahaha) tambah-tambah apabila melihat beliau masuk ke kedai records (bro, please group all the records store under one tag or label, so we can link it), CD dan buku.

 

Hard Graft Records 3 Hard Graft Records 4

Dekat Malaysia ni, aku rasa scene-scene kedai-kedai buku/records ni baru nak up contohnya macam UYA! Distro (indie) dan Teenage Head Records (sekadar menyebut beberapa nama).

Dalam trip aku ke KL minggu lepas, aku sempat singgah ke Amcorp Mall dan semestinya ke Hard Graft Records; salah seorang “tokan” supply vinyil baru yang aku cari (ada la dua tiga bulan sekali beli)

 

Hard Graft Records 5

Koleksi yang berada di Hard Graft kebanyakannya adalah dari genre Metal, Punk, Hardcore dan Rock. Pemiliknya, Nick Mun seperti yang aku kenal di FB bermula dengan menjual kesemua vinyl ini secara online dan sementelah koleksi penjualannya bertambah, sehinggalah pengumuman beliau pada satu ketika dengan pembukaan “fizikal” Hard Graft Records di Petaling Jaya (Tak jauh dari Amcorp Mall) di No. 25A, 1st Floor, Jalan 52/1
46200 Petaling Jaya. Aku tak tahu landmark tempat tersebut, yang aku tau ada parking bertingkat MPPJ dan ada PapaRich kat area tu.. Hahaha

 

Hard Graft Records 6 Hard Graft Records 7

Aku rasa, takleh nak compare la kandungan dalam kedai ni dengan record stores yang Krenmaut dah jejak di US. Kena bagi masa kat Nick untuk luaskan lebih banyak koleksi dan genre vinyl di Hard Graft Records.

Pembukaan Hard Graft Dulu aku rasa meriah jugak apabila ramai otai yang turun dan support. Siap ada gig kecil-kecilan kot haritu. Nasib baik hari aku pergi ni, takda orang. Target pergi nak beli stylus cleaner. anti-static brush dan vinyl cleaner, sekali duit cash tak cukup la pulakkkkk! Kah kah kah… Takpa, order ajalah nanti.

 

Hard Graft Records 8 Hard Graft Records 9 Hard Graft RecordsKat FB aku dan juga bila terjumpa dengan kawan-kawan kat luar. Ada yang tanya soalan, kenapa main balik LP-LP lama ni?

Aku jawab dengan entry ni. Kesemua gambar yang hangpa nampak kat atas tu, semua vinyl baru, sealed dan fresh from oven.

Dan soalan kedua, kenapa main balik benda-benda tinggalan pra-sejarah ni?

Ok. Di Europe dan US, vinyls (EP & LP) masih dikeluarkan untuk setiap album baru dan ada yang dikeluarkan dalam bentuk hi quality audio (audiphile pressed). Audiophile ada banyak format, salah satunya dalam bentuk vinyls aka piring hitam. Player piring hitam pun tak obsolete, masih dikeluarkan. Sila cari beberapa brand seperti Rega dan Pro-Ject (antara beberapa nama).Seronok beli LP ni sebab nak kumpul audio dalam bentuk fizikal, sama macam beli buku. Semoga terjawab segala persoalan ini semua.

facebook comments:

3 thoughts on “Hard Graft Records

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge