Hantu Popo

Ini version pedas punya

Khas untuk mereka-mereka yang hantu muruku Popo. Belilah party pack yang besar supaya supply anda di depan TV tak dihampakan pek yang penuh angin macam Ijau tunjukkan ni.

Ya, kalau tengok di blog Ijau, mungkin korang baru perasan inilah muruku yang mamak roti dok jual dulu tu (dan sekarang). Dulu time sekolah, Popo ni lah yang berjaya menghabiskan RM0.10 (kot) dan selepas tu RM0.20 duit poket aku. Rasanya sekarang ni pek kecil tu mungkin bukan RM0.20 dah, mungkin dah RM0.40 supaya sesuai dengan peredaran zaman iaitu zaman harga naik tak turun-turun.

Muka belakang

Untuk memastikan pengaruh Popo pada zaman kanak-kanak kita tidak terhakis, pihak marketing yang dulu-dulu mungkin anak-anak tokey Popo yang dah sebaya dengan kita secara sengaja telah membuat pek-pek lebih besar untuk menampung perut kita semua yang semakin besarrrr…… Sekian, karangan Popo saya untuk hari ini.

facebook comments:

2 thoughts on “Hantu Popo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge