Hadiah Ulang Tahun

2019 menandakan aku dah 8 tahun berkahwin. Rasanya masalah sejagat, tarikh penting ulangtahun ni biasanya aku lupa. Sedangkan birthday pun lupa, inikan pula ulang tahun perkahwinan.

Kadang-kadang perasan jugak kawan-kawan tayang gambar macam-macam raikan ulang tahun. Aku pulak selain masalah lupa, ada satu lagi masalah iaitu tak tahu nak beli apa dan satu lagi masalah besar, kurang ada budget untuk beli apa-apa. Yang pelik, LP boleh beli. Hairan kan?

Nak dijadikan cerita, aku declare benda ni yang dibuat khas dengan Borosilicate Glass sebagai hadiah untuk isteri aku walaupun dah lepas sebulan rasanya ulang tahun perkahwinan aku tu.

Hadiah ni aku beli secara tak sengaja. Tadi aku beli minyak hitam kereta, Petronas Syntium 800 10W 40 dan kakak stesen tanya aku nak tumbler dengan towel atau bendalah ni. Jadi aku rasa benda ni lebih sesuai dengan jiwa mak-mak isteri aku tu.

Ni betul-betul “killing two birds with one stone”. Boleh tahan jugak panjang akal lelaki ni bila nak merapu.

Sekian cerita hari Rabu.

facebook comments:

2 Replies to “Hadiah Ulang Tahun”

  1. pejam celik pejam celik 8 tahun dah kan? kah kah kah… patutnya dah ada 8 jenis hadiah ulang tahun, hmmm~ *emoji pegang dagu*

    Ijau D. Koceng recently posted..Let-Go: Mirage

    1. Hahahha aku rasa macam tak pernah beli apa kat wife. Adui rasa bersalah pun ada.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers