Green Day vs Blink-182 

Blink-182 telah mengeluarkan rilisan terbaru berjudul California manakala Green Day pula dengan Generation Radio. 

Kedua-dua ni adalah antara nama besar dalam genre Punk Rock (ye ke) mainstream. Terdapat banyak lagi band dalam genre atau sub-genre sebegini tapi 3 band yang aku sedikit ikut adalah Green Day, Blink-182 dan Sum 41.

Dua jenama dengan material baru masing-masing walaupun bukan serentak keluarannya.

Blink-182 nampak agak struggle dengan album ni. Entah kenapa aku tak dapat pin point di mana kekuatan sebenar di dalam album ni. 

Green Day pula tidak menghampakan dari segi sound. Untuk perbezaan, format LP antara Blink-182 dan Green Day adalah beratnya. Blink-182 menggunakan LP 180 gram dan Green Day menggunakan berat biasa iaitu sekitar 120 gram. Namun sound Green Day adalah lebih menyerlah. 

Rumusan pulak, dua-dua album ni sekali dengar tak ada lagu catchy untuk aku ulang dengar. Tak pasti samada faktor usia yang buat tak boleh nak layan atau sebaliknya. 

Rumusan ni senang dibuat sebab kedua-dua band memutuskan untuk meneruskan acuan muzik yang sama dan tak berubah seperti band-band besar yang lain; mengubah style supaya ada peminat generasi baru.

Rumusan ini mungkin hanya pada aku, pada orang lain tak pasti. Kalau boleh komen, suarakan supaya kita dapat memperoleh input yang baik. 

2 thoughts on “Green Day vs Blink-182 

  1. Blink nyer release nie too clean.. mcm geng2 Emo America yg berlambak2 skrg.. the tightness of punk tu adoo.. tapi tu lahh.. too clean produksi dio..

    Green Day rilisan nie sodap dan agressive.. dia bebas buat apa dia nak.. label biarkan ajer..

  2. Pernah dengar nama ni 2 band, tapi tak tahu pun ada rilisan baru. Selalunya kalau Green day mesti aku aware jugak, lawa cover.
    Green day, ramai peminat ni band nj,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge