Givi Monorack

Heavy Duty RackSetelah hampir 3 tahun, akhirnya aku memutuskan satu keputusan paling tak popular untuk diaplikasikan ke atas Cik Suzy; memasang kotak belakang atau lebih dikenali dengan gelaran mudah “tong ikan”.

Aku memilih kotak Givi model Givi E30RN-S3 yang didatangkan dengan pilihan mempunyai lampu “stoplight”. Berkapasiti 30 liter dan mampu menampung berat semaksimum 3 kilogram.

 

Givi With Stoplight Belang

Untuk pemasangan ini, aku juga memilih sistem rack “heavy duty” HR3 Belang R 150 yang dikhaskan untuk Suzuki Belang. Untuk senarai penuh jenis rak “heavy duty” yang lain, sila ke sini untuk membuat pemerhatian lanjut. Aku memilih rak jenis heavy duty atas sebab kelasakannya dan yang paling penting, menjaga bahagian ekor belakang motorsikal daripada patah sekiranya terlebih membawa beban di dalam kotak. Gambar pertama di atas menunjukkan sistem rak untuk motorsikal Honda Wave 110 dan Suzuki Belang aku.

Kesimpulan Rak:

Givi MR5 – light usage. Jika terlebih berat, kemungkinan tapak bahagian belakang bengkok.
Givi HR3 – heavy usage, jaga bahagian belakang daripada bengkok atau patah.

 

givi bawak kambing

Untuk kotak, Aku memilih Givi E30RN-S3 yang didatangkan dengan sistem lampu berhenti terbina siap. Contoh kegunaan lampu ni adalah seperti gambar kedua. Ia tidak lebih seperti lampu brek kedua untuk tujuan keselamatan. Walaupun secara jujurnya, nampak hodoh bila Suzuki Belang memakai box ni, tetapi aku terpaksa pakai disebabkan perlu bergerak jauh dan banyak pula barang yang nak dibawa. Setakat ni, barang terberat yang aku pernah bawa ialah…. Seekor kambing!

facebook comments:

8 thoughts on “Givi Monorack

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge