Gigi

Muhammad Qayyum Check Gigi

 

Cukup 1 tahun 7 bulan, ataupun dengan kata lainnya 19 bulan. Gigi susu Muhammad Qayyum dah banyak yang tumbuh. Mengikut jadual, kena buat checkup gigi dan doktor di Klinik Daerah pulak. Biasanya bab cucuk-cucuk ni buat dekat klinik desa sebelah rumah saja. Jadi, aku dan isteri pun ambik la cuti sebab temujanji untuk klinik gigi pada waktu pagi dan temujanji dengan doktor kanak-kanak pulak pada sebelah petang.

Checkup gigi tak buat apa-apa pun. Nurse cuma check dan letak “fluoride”. Katanya yang macam dalam ubat gigi tu, tapi aku tengok kuning semacam krim fluoride tu. Katanya seelok-eloknya disapu dalam 6 bulan sekali. Erm…. Maksudnya lagi 6 bulan aku kena ambik cuti lagi lah jawabnya.

Masa check gigi ok la jugak, tak meragam sangat. Tapi masa nak sapu fluoride tu dah menggelupur. Petang tu masa nak buat checkup, Muhammad Qayyum dah meragam. Nak timbang badan pun taknak. Mengamuk habis satu klinik!

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge