Giant Memang Penipu

Aku ingatkan bila aku dah terkena pasal kes TV dulu (jika tak ingat, boleh baca kat sini), kemungkinan itu cuma kebetulan kecil saja.

Hari ni, cuti punya pasal, aku dan Nurul keluar la beli barang-barang rumah sikit. Aku jadi driver ja.

Nak dijadikan cerita, makanan kucing ni, selalunya berharga RM13.99. Jadi, Nurul pun amik la macam biasa. Tapi masa dekat-dekat nak balik, check balik dekat resit tu, dah naik harga RM16.99 untuk makanan kucing ni.

Aku yang sememangnya suka cari pasal dari dulu, terus ke Information Counter Giant (Sunway Carnival) untuk tanyakan kenapa jadi macam tu padahal dekat pek tertera dengan jelasnya harga RM13.99. Setelah 2-3 kali berulang ke tempat asal pek tersebut diletak, dengan jelas takde harga dipamerkan (Kesalahan 1: Kementerian Pengguna). Lepas tu, pompuan Info tu suruh salah sorang staff kat situ check harga pek kucing dalam sistem Giant. Dengan confidentnya dia cakap, pek tu harga RM16.99.

Aku, sebagai pengguna. Menggunakan hak pengguna aku – HAK UNTUK BERSUARA.
Aku hentam staff kat situ.
Aku kata, itu korang punya pasal la sistem korang, apesal tak letak display?
Dah menyusahkan orang!!! Bila sticker melekat dengan jelas harga RM13.99, peduli apa aku dengan database korang?

Untuk kali keduanya, staff department Pet Food dipanggil. Kali ni, staff tersebut menyatakan harga di pek ialah harga lama, harga baru ialah RM16.99. Tak sempat label katanya.
Ah, bullshit!
Aku tak nampak sorang pun staff Giant yang re-label balik atau tengah sibuk buat kerja-kerja penukaran harga barang kat situ tadi. Nak menipu lagi?
Aku terus bagi warning; kalau aku bawak kes bodoh harga RM13.99 ni sekalipun, aku confirm menang kat mahkamah.

Hanya permintaan maaf saja yang staff tu bagi.
Untuk kali kedua, aku maafkan walaupun aku rugi. Diaorang ada offer untuk refund, tapi aku dah lambat sangat nak ke tempat lain.

Kesimpulan yang aku tetap nak bagi: GIANT MEMANG PENIPU!
Berhati-hatilah kalau korang nak beli barang kat situ. Baik aku beli kat kedai runcit rumah aku lagi bagus!

Perasaan marah aku membuak-buak bila ada beberapa driver bangang dan aku pun taktau macam mana boleh pass lesen memandu park kereta depan main entrance. Aku nak keluarkan trolley aku pun susah. Nasib baik aku tak bawak pad-lock tadi, aku rasa macam nak lock aja trolley aku kat kereta-kereta yang ada driver bangang tu.

Saja ja aku letak trolley betul-betul sentuh bonet kereta tu. Bangang!! Menyusahkan orang.

facebook comments:

14 thoughts on “Giant Memang Penipu

  1. ni nampak sangat menipu nye nih!
    terang terang!..bagus bro! gua sokong!
    tapi kalo gua jadi lu,
    gua tak park troly kat depan kete
    dia..gua park kat atas bonet dia!
    bangang tul!

  2. ni nampak sangat menipu nye nih!
    terang terang!..bagus bro! gua sokong!
    tapi kalo gua jadi lu,
    gua tak park troly kat depan kete
    dia..gua park kat atas bonet dia!
    bangang tul!

  3. ambik price tag tu letak kat kete yg parking depan entrance tu kasi jual terus.. ni semua kes menzalimi orang nih… buat report best ni bro!

  4. aku sokong pasal ko sanggup bersemuka, kalo aku pun, mungkin aku just shrug it off dan tak beli kat sana lagik.

    thanks for sharing this info

  5. Pingback: Penangan Briyani Hameediyah « Speedrider Networks

  6. Saya pernah kena di Giant Bandar Baru Bangi, mentol philips energy saver 28W. Di rak harga tertera RM20++ (saya ambil 2 unit) & pergi bayar, di kaunter bila scan RM40++ seunit. Terus saya tanya “kenapa di rak tulis RM20++?”, cashier mcm tak percaya lalu pergi check & saya ikut sekali untuk kepastian. Memang betul harga tertera di rak RM20++. Saya cakap “ni macam mana ni?”, dalam hati kalau harga lain dari tertera saya nak cancel sebab ini dah kira menipu. Cashier cakap harga ikut yang tertera tapi resit dia nak pegang. Saya cakap “Mana boleh, nanti saya nak claim warranty kalau rosak dalam tempoh warranty”, mula-mula cashier tak bagi tapi saya nak jugak resit, tapi dia bagi juga sebab dia nampak saya serius & bukan main-main.

    Memang Giant ni menyusahkan orang dari segi harga sebab keliru & tak kemaskini. Bila tanya mesin pegimbas harga kat mana staff Giant dah marah, tanya “kenapa nak guna?”, saya cakap terang-terang kat dia “takut nanti bila bayar harga lain”, tu pun tak bagitau jugak kat mana. Astaghfirullah.

    Saya akan pergi Giant sekiranya dah takde kedai lain (atau darurat sangat!). Kalau terpaksa pergi pun, rasa suasana dalam pasaraya tu macam tak berkat, tak kisahlah di Giant Bandar Baru Bangi atau di sebelah Mydin di Subang.

  7. haha baru je terkena beli biskut rm3 tapi bila bayar rm13.45 sen.. lagi baruah.. aku yakin x salah tengok harga sebab memang aku cek nama produk dgn tag adalah sama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge