Ghostbusters OST

Ghostbuster OST

Original Arista pressing 1984 (kanan) dan cetakan ulangtahun ke-30 Ghostbuster.

Versi glow in the dark ini dikeluarkan sempena Record Store Day 2014 Dan terhad kepada 5000 unit cetakan bernombor di seluruh dunia. Atas permintaan tinggi, versi rekod 10″ ini dikeluarkan semula (re-press) beberapa minggu selepas April 2014 tanpa cetakan nombor. Itupun delay hampir 2 bulan.

Ini adalah versi re-press.

 

Ghostbusters Arista Vinyl
Ok, apa yang aku tulis ni adalah extended version. Caption untuk gambar pertama tu bulat-bulat ayat aku kat facebook. Aku rasa macam tak complete pulak bila cerita tak habis. Jadi, aku tambah info lagi dekat blog supaya lebih puas hati. Nanti takla hangpa rasa macam Deja Vu pulak baca Krenmaut dengan Facebook Sam Bentara. Hahahahahaha!

Ghostbusters 1st Press

OST dalam bentuk Long Play ini dikeluarkan pada 1984 di bawah label Arista dengan identification number 206 559. Antara lagu yang terkandung di dalamnya ialah:
Ghostbusters – Ray Parker, Jr.
Cleanin’ Up the Town – The BusBoys
In the Name of Love – Thompson Twins
I Can Wait Forever – Air Supply
Hot Night – Laura Branigan
Magi – Mick Smiley
Main Title Theme (Ghostbusters) – Elmer Bernstein
Ghostbusters – (Instrumental Version) Ray Parker, Jr.

 

Ghostbusters RSD 2014Bersempena dengan ulangtahun ke 30 filem blockbuster ni, satu piring itam bersaiz 10″ (sebenarnya kaler ijau) versi keluaran khas untuk Record Store Day 2014 telah dikeluarkan sebanyak 5000 keping dan dinomborkan.

Aku terlepas versi Record Store Day, tapi nasib baik ada peluang kedua. Versi repress ditawarkan di laman web rasmi Ghostbusters iaitu http://www.ghostbusters.com. Versi repress adalah sama dengan versi RSD 2014, yang membezakannya cuma ia tidak bernombor dan tiada pelekat RSD 2014. [Lihat versi RSD 2014]

Ah.. Pertama kali aku dapat proper packaging untuk vinyl dengan protection edge paling power! Kudos to Ghostbusters team.

 

Ghostbusters Glow In The DarkAtas permintaan hangat, vinyl ini telah diulang cetak tanpa nombor siri (tapi masih ada sticker ulang tahun 30 tahun). Versi ulang tahun ini adalah jenis glow in the dark dengan warna hijau. Jadi, nampak macam warna Slimer. Ingat slimer? Hantu hijau yang menjengkelkan tu?

 

Ghostbusters 39th Anniversary

Dalam siri ulangtahun ni, cuma ada 4 track sahaja iaitu:

Side One:
1. Original single version
2. Instrumental

SIDE TWO:
1. 12″ dance remix
2. Dub version

Nak kata best, tak la sangat. Ia lebih kepada koleksi peribadi yang mengimbau semula kenangan silam waktu kanak-kanak. Aku rasa mereka yang sebaya dengan aku sekarang pasti masih ingat betapa cool-nya filem ni selepas diterjemahkan ke layar perak.

Ni adalah aksi piring “ijau” ni, aku amik dari youtube saja. Enjois!

 

facebook comments:

3 thoughts on “Ghostbusters OST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge