Gatal Tangan

Menulis Itu Menyeronokkan

Sindrom malas nak tulis telah melanda aku sejak beberapa bulan ni. Macam-macam benda yang menerawang masuk ke kepala sampaikan terbantut terus niat aku nak menulis. Dan yang paling sempoi dan gempak, hasil tulisan jugaklah yang menyebabkan karier aku sedikit kucar-kacir beberapa minggu lepas. Pernah dengar pasal dooce kan? Nasib baik aku tak dooce memandangkan aku terlindung dengan Hak Pengguna. Syukur alhamdulillah, aku bekerja macam biasa, walaupun dalam hati sebenarnya dah tak berapa nak syok. Syukur alhamdulillah, kerana kes tu jugaklah membuatkan aku lebih berhati-hati dengan politik kerja. Terbongkar habis semuanya… Tiada lagi kain yang meliputi apa-apa lagi. Dengan sebab itulah, semua member-member aku di Facebook terpaksa di filter terus, dan sesiapa yang sedang bekerja dengan aku, memang aku remove terus walaupun dia duduk kat Johor macam Amalina, Amin dan Cieyla. (Heheheh).  Jadi, kepada kawan-kawan aku di FB, maaflah aku terpaksa remove, darurat namanya! Dengar-dengar, Cieyla dah mula kerja kat tempat baru dah sekarang. Selamat berjaya Cieyla, dalam kerjaya baru anda sekarang. Aku doakan agar ko berjaya beb!

Minggu ni, Double Trouble akan berlangsung lagi di Tapak Ekspo Seberang Jaya, tempat keramat yang telah banyak menyaksikan aksi-aksi rock sejak tahun 80-an selain daripada Tapak Ekspo Pulau Pinang. Ya, kepada yang masih belum mengetahui, Double Trouble sekarang akan berlangsung di tempat yang sama di mana konsert  Search Di Awan Biru telah tercatit di dalam sejarah. Tetapi dengan malangnya, tarikh 18 dan 19 Disember 2010 adalah tarikh aku exam. So, memang faking hell lah! Potong stim! Tahun 2010 ni adalah tahun paling sikit entry-entry blog aku dengan kandungan yang mempunyai kaitan dengan muzik rock. Nampak sangat betapa sangapnya aku tahun ni

Hari ni, 14 Disember 2010 adalah tarikh ulangtahun yang pertama untuk Cik Suzy yang amat aku sayang. Suzy mana lagi kalau bukan Suzuki Belang R 150 aku tu. Kahkahkah…  14 Disember 2009 adalah tarikh rasmi kerana pada tarikh itulah road-tax pertama telah dicetak! Sebenarnya, Cik Suzy aku tu, dah mula dibawak atas jalan sejak 11 Disember 2009. Maksudnya, lepas-dapat aja no pendaftaran, aku lekat sticker terus jalan. Tapi 14hb adalah tarikh surat beranak la. Jadi, selamat harijadi Cik Suzy. Semoga engkau dapat terus berkhidmat cemerlang dan seterusnya dapat membawa aku ke sempadan China pada 2011. Insya-Allah.

facebook comments:

2 thoughts on “Gatal Tangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge