Furious 7 (2015)

Di sebalik perangai semua geng kereta proton, perodua, vios, kancil yang tiba-tiba berangan menjadi Dominic Toretto takpun perempuan yang tekan meter sampai 200 sampai CVT overheat dan post dalam group kononnya menyesal dan dah terasa diri tu menjadi Letty, aku ambik keputusan layan franchise filem tekenal Fast & Furious ni hari ni (11 April 2015).

Adalah menjadi kepelikan kerana orang rumah bagi aku tengok movie ni sorang-sorang. Selalunya dia tak bagi atau dia nak ikut sekali. Tapi bagus jugalah dia tak ikut sebab imej bikini, bra, tetek, spender dan pungkoq bersepah-sepah dari US sehinggalah ke Abu Dhabi dalam filem ni. Kalau ada anak nak bawak masuk tengok, lupakan.

Dalam kehebatan teknologi Hollywood, nampaknya teknik super impose yang geng-geng politik kita bising dalam video tu di akhir filem di scene lepak piknik di tepi pantai dan “last ride”, aku nampak masih “keras” walaupun menggunakan double Brian O’Connor (Paul Walker) adalah adiknya sendiri, Cody Walker. Anda akan sedar perbezaan ini walaupun anda tak tahu yang Paul Walker tu sebenarnya dah mati, melainkan anda memang rabun teruk mengalahkan tapir.

Aksi kereta Lykan Hypersport melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain pasti mengundang pakar teori fizik memberikan hujah-hujah Einstein tahap tak logiknya. Tapi peduli apa! Ia adalah Lykan Hypersport yang breknya tak berfungsi! Pui.

Bercakap pasal logik, memang cerita ni tak logik. Awal-awal filem lagi si gila Deckerd Shaw (Statham) dah buat gila bunuh pasukan khas yang berpuluh-puluh orang di luar hospital sorang-sorang dia. Gila.

Tetapi memang inilah faktor-x yang aku nak dalam sebuah filem aksi: Tak Logik.

Ending cerita yang bagus. Kepada yang mengikuti francais filem ni pasti berpuas hati sebab akhirnya filem ni dah habis! Yang baru tengok sebab hype Furious 7 ni pulak konnpem emo macam tengok ending Teman Lelaki Upahan.

Dari segi soundtrack, aku masih berpegang teguh bahawa OST di dalam Tokyo Drift adalah masterpiece. Kekecewaan aku terhadap OST Furious 7 terubat apabila Toretto ke Jepun dan ada theme song Tokyo Drift untuk berjumpa “Donkey Kong” Sean Boswell di parking lot hanya untuk ambil rantai dia balik. Cool dan mangkaq at the same time.

Keseluruhannya aku berpuas hati dengan Furious 7 dan aku tak dapat berikan satu ayat yang betul sebab Toretto cakap “ayat itu belum tercipta”.

Rating: 8/10

facebook comments:

7 thoughts on “Furious 7 (2015)

    • ni pun aku lari-lari tengok ijau. Wife aku tak sihat dan taknak berjalan, anak pulak time ni tengah nak tidur. Shopping mall dekat rumah mertua aku dah ada wayang (Chiah Mega Cineplex), apa lagi… lari kejap le pegi tengok.

  1. aku tak perna tgk wayang utk cerita fast ni, semua aku tgk main kat hbo dan baru2 ni anak buah beli jack punya cd, haha siap ada kepala orang lalu lalang lagi. mulanya aku tak berkenan dengan ceritanya, sebab kan memang tak logikl. bila anak buah aku bagi aku sedar yang ini hanyalah hiburan filem, makanya aku enjoy layan… kalau betu2 memang tak logik lah kan… haha.. yg aku mau tau mana satu adik2 tu. dalam babak mana dia mula menggantikan si mati tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge