Food Panda

Bila mula bekerja di luar kawasan terutamanya di KL ni, masalah paling utama ialah untuk bergerak. Dengan kesesakan lalu lintas, parkir, namakan apa sahaja melainkan LRT membuatkan aku malas nak keluar kecuali perlu.

Masalah kedua ialah harga makanan dan kualiti makanan. Ya aku cerewet. Diulang, MURAH DAN SEDAP cukup susah nak jumpa di mana-mana terutamanya di KL ni. Salah satu penyelesaiannya adalah dengan main tunjuk-tunjuk. Kalau dulu kita ada Pizza Hut Delivery yang famous dengan ‘jingle’ di TV, di zaman moden ni kita ada khidmat penghantar makanan seperti Grab Food dan Food Panda. Aku tak dapat namakan semua, cuma 2 nama ni adalah nama besar dalam servis penghantaran makanan. Mau taknya, sehingga artikel ni ditulis, ‘rider-rider’ Food Panda baru saja selesai mengadakan mogok di Johor Bahru dan Pulau Pinang kerana pemberian insentif yang dikatakan tidak adil.

Aku dah beberapa kali memesan makanan dengan Food Panda. Semuanya tidak mengecewakan. Jangan main-main, kebanyakannya memang sampai tepat pada masanya. Aku tak hairan kalau orang kata rider Food Panda ni Mat Rempit; sekurang-kurangnya mereka rajin mencari rezeki yang halal. Dan yang pasti, Mat Rempit inilah yang memastikan makanan kita sampai ‘On Time’ sebelum kita kebulur.

Kali ni aku pesan KFC Zinger Double Down Box Meal. Terdiri dari Zinger Double Down, Wedges, ayam seketul dan air. KFC ni memang cerdik sikit cerdik banyak dari McDonalds sebab dia bekalkan air dalam tin untuk delivery services. Kalau Mcdonalds, dia bagi air dalam paper cup tu, sampai dekat kau bersepah air!

Terima kasih adik-adik Food Panda. Kerana korang, abang pun dah jadi Panda!

P/S: Pepandailah korang selit tips kat rider. Bukan senang nak hantar makanan ni. Tu belum masuk berapa lama rider tu membangau sebelum order kau masuk. Tambah pulak location engkau set tu ntahapapantah je letak pin. Jenuh dia cari tempat nak hantar!

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers