FDC: Jambatan Pulau Pinang

Mengumpul Sampul Surat Hari Pertama atau First Day Cover (FDC) merupakan salah satu hobi aku yang tak berapa serius. Hobi ini bermula sejak aku sekolah menengah, disebabkan sewaktu balik dari asrama, biasanya aku akan singgah di KOMTAR, ataupun tiap kali nak bayar yuran asrama, kena bayar pakai wang pos. Memandangkan kerap sangat ke pejabat pos, aku mula kenal apa itu FDC.

 

Biasanya FDC akan didatangkan dengan penerangan ringkas tentang edisi FDC yang dikeluarkan seperti di atas, termasuk sekali dengan ringkasan teknikal samada dari segi saiz, cetakan dan keluaran dari pereka grafik mana.

 

Biasanya, setiap FDC akan didatangkan bersama dengan satu set setem yang dikeluarkan bersempena dengan FDC tersebut. FDC Jambatan Pulau Pinang ini contohnya, setem yang dikeluarkan adalah 20 sen, 40  sen dan satu ringgit. 1985 belum wujud simbol RM, jadi agak klasik la cetakan di situ.

Untuk FDC aku, cuma setem 20 sen yang dilekatkan. Pada 1985, FDC ini  hanya RM0.40 (40c la waktu tu). Kalau tanya geng-geng peminat filateli yang lain, pasti ada yang menyimpan satu set FDC ni beserta dengan satu set setem yang lengkap. Cuma FDC aku ni, ganjil. Hehehe…

 

Sebenarnya, tergerak hati aku nak post benda ni dalam blog adalah selepas aku baca status ni di wall sahabat DNS; Bro Sharrul:

HARI INI DALAM SEJARAH :

JAMBATAN PULAU PINANG DIRASMIKAN

Pada hari ini 14.9.1985, Jambatan Pulau Pinang telah dibuka dengan rasminya oleh Pemangku Perdana Menteri, Datuk Musa bin Hitam. Perasmian ini dilakukan serentak dengan kutipan tol sebanyak RM7.00 di Komplek Plaza Tol di Perai dan Datuk Musa Hitam melalui tol nombor satu. Turut hadir di upacara tersebut ialah Menteri Kerja Raya, Datuk S. Samy Vellu; Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Lim Chong Eu; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Negeri, Datuk Khor Gark Kim; Ketua Pengarah Lembaga Lebuh raya Malaysia dan Pembesar-pembesar negeri yang lain. Jambatan tersebut panjangnya 13.5 kilometer menjadi penghubung utama antara Tanah Besar Semenanjung dan Pulau Pinang dan merupakan jambatan yang terpanjang di Asia dan yang ketiga di dunia.

 

Jambatan ini juga telah menggunakan sepanjang 648.5 kilometer cerucuk sementara alangnya sepanjang 127 kilometer. Sebanyak 8,846 keping getah pengalas yang direka khas dan dibuat di negara ini digunakan di antara sambungan untuk mengurangkan pergeseran. Sesungguhnya dengan pembinaan jambatan ini diharap akan meningkatkan taraf ekonomi dan perdagangan negara di samping dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Yeahhhhhh… Sebab itulah aku post benda ni. Itupun dah terlajak dekat 2 minggu!

Pos Malaysia akan sentiasa menjual FDC ni mengikut tarikh dan berdasarkan peristiwa-peristiwa yang boleh dijadikan kenang-kenangan mengikut harga setem + harga sampul. Cuma beberapa bulan lepas terjadi isu antara aku dan sebuah pejabat pos yang menjual FDC terbaru (aku ulangi, edisi terbaru) dengan harga RM10.00 per FDC, jelas lebih mahal daripada harga sampul + setem sehingga menimbulkan kekeliruan.

Semoga kesilapan ini tidak akan terus dilakukan oleh pihak-pihak tersebut, kerana mereka sepatutnya sedar, peminat filateli di Malaysia ni bukannya sedikit dan bukannya semua orang tak tahu menilai harga FDC yang baru dikeluarkan mengikut arahan atau quotation harga dari pos pusat.

facebook comments:

3 Replies to “FDC: Jambatan Pulau Pinang”

  1. aku dulu pnh juga hobi kumpul setem/FDC ni, tp xbyk la… last2 aku trade setem/FDC dgn si mhagnoth (akaijenuh)
    Ijau D. Koceng recently posted..Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt: Oktoberfest Training

  2. tak pernah ada hobi camni…tapi aku ada simpan sikit2 stem luar negara hasil pembelian barang2 di ebay…tapi kebanyakan negara dah tak pakai stem dah…
    berteromber recently posted..Perfume Garden

    1. setem obasi ebay pun hmpr semua aku dah trade dgn si mhagnoth tu
      Ijau D. Koceng recently posted..Neon Mirage

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers