Fastlane Rally Racer

Fastlane slot carFastlane Rally Racer ni sebenarnya aku belikan untuk Muhammad Qayyum sempena harijadi dia yang ke-2 tahun 2 minggu lepas. Aku rasa, benda ni pasti satu-satunya item yang dapat memberikan “feel” KLMJ – Kenangan Lalu Mengusik Jiwa pada semua yang lahir di antara tahun 70-an dan 80-an. Aku rasa, aku patut tulis entry ni, bukan senang nak cari benda ni sekarang.

 

Fastlane Rally RacerAku dapat fastlane Rally Racer ni di Toys “R” Us di Sunway Carnival, Seberang Jaya. Ada dua version; satu “Rally Racer” (macam dalam entry ni) dan satu lagi Fastlane Loop Track (aku lupa nama dia). Untuk versi anak, aku belikan yang ni. Harganya RM59.90, tapi lepas tunjuk kad membership Toys “R” Us, aku dapat RM49.90 (item of the month)

 

Fastlane Rally Racer slotcarAku rasa, yang sebaya atau tua sikit dari aku pasti maklum. Dulu ada banyak varian mainan macam ni. Ada yang bentuk oval macam aku beli ni dan ada juga yang berbentuk “8”. tak kisahlah, janji ia adalah slotcar. Kenapa namanya slotcar? Sebab kereta kena letak dalam slot di tengah-tengah track tu. Ia akan digerakkan oleh kuasa bateri bila kita tekan button kat “remote” tu. Track slot tu ada gelung besi, jadi bila kita tekan button, circuit “closed” dan akan menggerakkan motor dalam kereta slot tu.

 

Slot CarSebenarnya, versi original slot car n berjenama Scalextric. Tapi harga untuk beginner set pun lebih kurang RM1200.00. Mana mampu nak beli kan? Jadi, ok lah setakat yang ni.

 

Sekarang ni, tiap kali sebelum tidur sempatla aku bermain kejap dalam 5-6 round dengan anak. Bagi kat anak, bapak pun boleh main! Ha ha haaaa.

facebook comments:

2 thoughts on “Fastlane Rally Racer

  1. Yes..mmg nostalgia, dah lama aku mencari slotcar ni tuk anak aku(sebenarnya untuk aku, wakaka..), sebab tak jumpe aku bli keretapi model lama yg boleh keluar asap punye untuk anak aku(alasan kepada istri), untuk aku gak sebenarnya, wakaka…hanya org2 lama je yang tau mainan ni…wekeke…
    Selamat hari lahir Qayyum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge