Fasa Baru Hidup Aku

Pemberian Seorang Sahabat Tunang

Tanggal 25 Disember 2010, tercatit sudah aku telah selamat ditunangkan dengan pilihan hati aku sendiri. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada ayah yang memahami. Hanya Allah saja yang dapat balas. Terima kasih kepada mak (ibu saudara) dan sepupu-sepupu aku yang telah bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar. Syukur alhamdulillah.

Pak Imam I dan II in Action. Terima Kasih

Seperti biasa, walaupun Pak Imam 1 dan 2 masjid kariah aku tak baca blog aku, terima kasih kepada mereka berdua yang sudi menjadi wakil peminangan untuk rombongan daripada pihak aku. Gambar Pak Imam bawak hantaran tu memang akan dikenang sepanjang hidup. Bukan senang orang kata, Pak Imam yang tolong pinangkan. Kepada sahabat-sahabat daripada pihak aku dan Nurul, terima kasih banyak-banyak kerana doakan perhubungan kami dan kirim macam-macam hantaran. Paling penting, dah tentu la 2 cameraman yang bersauna mengambil gambar, Shahrul dan Fauzan. Terima kasih banyak-banyak.

Apa-apapun, ia adalah fasa hidup aku yang terbaru. Doakan aku.

facebook comments:

7 thoughts on “Fasa Baru Hidup Aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge