Family Day TM Penang

Pada 6 Oktober 2012 haritu, berlangsunglah satu aturcara Hari Keluarga warga ITNT Pulau Pinang. ITNT tu macam division la, jadi aku dan Mrs. speedrider berada dalam group ITNT memang secara automatiknya join event ni.

 

Jangan tanya berapa cas masuk kerana aku tak ambil tahu pun sebab kami semua disponsor masuk, hehehe. Kami diberi tag tangan untuk keluar masuk bahagian waterpark. Door gift yang dapat ialah payung dan towel. Payung tu cantik gak, aku lupa ambil gambar. Bezanya, family day ni dah jadi macam Muhammad Qayyum day, asyik dia aja mandi. Abah dan ibu tak sempat mandi dan layan waterslide sebab kena perati Muhammad Qayyum. Takpa, besar nanti, Muhammad Qayyum pergi main air dengan ibu, abah join kawan-kawan abah main water slide.. Hahahha!

Kami tumpang rumah sepupu wife di Apartment Tropicana malam tu, jadi tak rushing sangat la nak kemas-kemas barang dan nak ke waterpark sebab lokasinya bersebelahan saja.

Kurang sikit interaksi dengan kawan-kawan sekerja haritu sebab tak ada event tetap, kebanyakannya aktiviti bebas. Jadi dah nama pun family day, semua sibuk beriadah dengan keluarga masing-masing lah. Memandangkan aku dan beberapa pasangan lain bawak baby, jadi pergerakan kami terhad sikit berbanding geng-geng yang anak-anak mereka dah besar panjang. Aku dan wife contohnya, lebih banyak penuhkan masa layan Muhammad Qayyum. Yang mana family dengan anak-anak besar panjang tu syok la, bapak boleh join main waterslide apa semua dalam tu…

 

Aku perasan kecacatan ni di bahagian atau seksyen kanak-kanak. Di harap pihak Bukit Merah Laketown Waterpark dapat menyelenggara segala peralatan yang berbahaya seperti gambar yang aku ambil ni. Jangan tunggu kemalangan yang serius terjadi baru nak ambil tindakan. Ia melibatkan nyawa kanak-kanak dan silap haribulan, nyawa mak bapak kanak-kanak yang ada di waterpark ni.

 

Syukur alhamdulillah, menyambung tradisi Annual Dinner 2007, Annual Dinner 2008 dan Annual Dinner 2009, sekali lagi aku bernasib baik dalam cabutan bertuah kali ni; dapat blender pulak! Huhuhuuuuuu… Mrs. speedrider dapat shopping voucher jat Parkson. Berbaloi lah datang Family Day kali ni (pertama kali buat sepanjang aku kerja kat sini sebenarnya).

Barang-barang yang dapat pun berlambak sangat sampai stroller pun dah jadi trolley! Saja aku ambik gambar possing macam kat atas ni. Tema gambar adalah “Hari Keluarga”. Ha ha ha…. Trolley tu pun baru beli lain memandangkan trolley lama dah kena angkut sekali dengan Cik Elle waktu carjack haritu.

 

Lepas habis mandi lebih kurang pukul 3 macam tu, kami pun balik ke Tropicana untuk kemas barang-barang untuk pulang. Ikutkan hati nak stay sampai waterpark tutup dan main air sampai puas, tapi Muhammad Qayyum pun dah terlelap. Nak solat dalam waterpark, aku rasa tak selesa. Baik balik apartment dan solat kat sana. Sebelum balik ke Penang, sempat juga masuk Taiping dan pekena Yong Tau Fu kat belakang Balai Bomba tu!

Seronok Family Day tahun ni, harap-harap tahun depan, company yang aku sayang ni akan lebih sukses dan lebih kerap family day ada. Hilang stress kerja sikit. Hehehhee

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

One thought on “Family Day TM Penang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge