Faizal Tahir – Aku.Muzik.Kamu (2007)

Aku bukanlah peminat Faizal Tahir apatah lagi nak tergolong dalam golongan Rockensteiners (geng peminat hardcore la ni…. Awek aja yang ramai, hehehe). Jadi, aku akan bagi ulasan berdasarkan halwa telinga aku terhadap album ni.

 

Faizal Tahir mula dikenali sebagai naib johan di dalam rancangan realiti One In A Million di mana dia kalah kepada Suki (yang kini aku rasa dah tenggelam terus). Sememangnya apabila Faizal dapat 1st runner up dulu, aku pun tak sangka kerana persembahan dia boleh dikatakan makan habis semua peserta lain pada waktu itu dan aku budget dia boleh jadi champion, but that was another story. Tapi aku rasa masih ramai yang tidak tahu, sebelum masuk OIAM, Faizal Tahir adalah bekas anggota kumpulan nasyid; Mirwana.

 

Sewaktu bersama Mirwana – Gambar Google

Beliau juga turut dikecam akibat aksi membuka baju ala-ala Clark Kent sehingga mendapat teguran Mufti Perlis pada waktu itu, Dr. Asri Zainul Abidin dan kisah tersebut banyak mendapat komen yang negatif contohnya daripada saifulislam.com. [baca sini] But that was also another story.

 

Track list

  1. Invitation
  2. Batu & Golek 
  3. Kerna Kamu
  4. Aku Punya Kamu
  5. Sempurna
  6. Cuba
  7. Sampai Syurga 
  8. La Da Di Dum
  9. Mungkin Ku Tak Bisa
  10. Mestikah Ada Yang Lain
  11. Mahakarya Cinta
  12. Sampai Syurga
  13. Gemuruh
  14. Mahakarya Cinta (hidden track, Orchestra Version)

Album dimulakan dengan interlude “Invitation” yang sebenarnya bersambung dengan lagu Batu & Golek (Rock & Roll). Dengan bait lirik “Itulah yg ku mahu, Itu yang kau perlu, itu saja ku tahu, rock n roll yeahhh…” telah membawa maksud yang Faizal ingin membawa konsep rock di dalam genre yang akan dibawanya. Itu tidak mengejutkan kerana semasa di OIAM, jelas sekali suaranya memang sesuai dengan genre rock moden. Lagu kedua, Kerna Kamu turut sarat dengan konsep rock moden yang rancak. Aku Punya Kamu muncul kemudian dengan mood santai dan er…. jiwang.

 

Sempurna aku tak berapa tau sangat nak komen sangat memandangkan aku macam tak minat lagu ni. Peribadi, aku suka lagu Cuba. Feeling habis, cuma aku tak berapa faham kenapa Faizal lebih gemar membunyikan beberapa perkataan ala-ala Bahasa Indonesia, itu aku tak pasti. Sampai Syurga menurut kemudian. Suka diingatkan, lagu ini telah memenangi kategori ballad, persembahan terbaik dan vokal terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 2009 selain turut dicalonkan untuk Muzik Video terbaik untuk AIM ke-16 pada tahun 2009.

 

La Da Di Dum sebagai lagu inggeris tunggal di dalam album mengambil alih track seterusnya dengan irama rock moden. lagi ini mendapat pencalonan Best Musical Arrangement In a Song (Non-Malay) pada AIM-15 2008 tetapi kalah kepada Hafiz Hamidun, seorang penyanyi nasyid! (Kumpulan Unic) Hehehehe. Mungkin Ku Tak Bisa dan Mestikah Ada Yang Lain nampaknya tidak menepati kehendak halwa telinga aku kerana jujurnya, mungkin ini hanya pada aku saja (atau orang lain) kehadiran elemen-elemen seperti lagu rock Indonesia itu agak tinggi, cuma aku sedikit hairan kenapa Mestikah Ada Yang Lain tidak hits di radio? Mahakarya Cinta juga hits pada 2007-2008 dan dicalonkan untuk lagu terbaik di AIM 15 (2008), tetapi tidak berjaya menambat hati juri dan tewas kepada lagu daripada Kaer – Izinku Pergi.

 

Sampai Syurga (versi akustik) pun boleh tahan sedapnya, untuk mereka yang tak suka dengan lagu asal yang sarat dengan elemen muzik. Lagu Gemuruh ni aku paling benci. Benci bukan sebab apa, banyak sangat event yang ambil lagu ni sebagai lagu penaik semangat; Team Building contohnya, sampai naik meluat aku nak kena nyanyi. Ha ha haaaa!!!

 

Keseluruhannya, aku agak suka album ni walaupun aku mengambil masa hampir 5 tahun sebelum membeli CD album ni (Release date:  22 November 2007). Banyak lagu-lagu sedap nak release tension, artwork inlays menarik dan setiap lagu ada ceritanya (ada caption di sebelah setiap lirik lagu). Lagu-lagu yang mesra radio ataupun lebih tepat lagi, popular untuk diputarkan di radio adalah Cuba, Sampai Syurga, Mahakarya Cinta dan Gemuruh. Aku rasa berbaloi aku tulis panjang-panjang untuk CD yang mendapat anugerah Album Terbaik AIM ke-15 2008. Lagu hits kebanyakannya adalah ballad rock, tetapi itulah rahsia kejayaan Faizal Tahir dalam kariernya dan mengumpul Rockensteiner yang kebanyakannya aku rasa…… awek-awekkkkk… Hehehe

HINT: Di mana ada Faizal Tahir, di situ ada kipas angin….. Hahahahahaha. Selamat berpuasa kawan-kawan! (aku belum ada entry pasal puasa)

facebook comments:

3 thoughts on “Faizal Tahir – Aku.Muzik.Kamu (2007)

  1. Pingback: @faizal_tahir – Adrenalin (2010) | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge