Faizal Tahir – Adrenalin (2010)

Album ni aku beli sekali harung dengan Aku.Muzik.Kamu. Satu tindakan yang kurang disenangi oleh Mrs Speedrider sebab sekali beli, banyak-banyak CD. tapi sebenarnya, aku dah terbiasa dengan pe’el suka beli cd setiap bulan, sekurang-kurangnya satu keping CD.


 
Album ini dilancarkan pada 11 Mac 2010 dengan Bencinta adalah single sebelum album penuh ini dikeluarkan. Berbeza dengan album pertama, bilangan lagu pada album ke-2 ni adalah kurang sikit berbanding album terdahulu dari segi kuantiti lagu.

 

Aku tertanya-tanya, siapa diaorang ni? Tak dinyatakan pulak dalam inlay CD ni. Album ke-2 ni juga menyaksikan Faizal Tahir memperkenalkan logo FT yang membawa maksud Faizal Tahir. Tak pasti berapa lama logo ini akan bertahan. Adakah akan dikekalkan ataupun tidak, kita tunggu album seterusnya nanti.

 

Seperti album pertama, album ini juga adalah hasil karya bersama Faizal dan Audi Mok.

Track list

  1. Adrenalin 
  2. Superhero
  3. Selamat Malam 
  4. Karma
  5. Hanyut 
  6. Bencinta 
  7. Muzik
  8. Hanyut
  9. Semesta 
  10. Semesta (hidden track)

Tak dapat dinafikan lagi, Album ini juga telah memenangi anugerah album terbaik dan album rock terbaik di AIM ke-17 (2010). Lagu Bencinta pula berjaya mendapat tempat ke-3 di Anugerah Juara Lagu ke 24 (2009) dan Karma mendapat tempat ke-3 di AJL Ke-26 (2011) manakala Hanyut berjaya mendapat anugerah persembahan terbaik di AJL-25 (2010)

 

Personally, aku lebih suka Aku.Muzik.Kamu berbanding album ni. Walaupun album ni boleh tahan, dapat dirasakan seperti Faizal terlalu push out untuk beberapa lagu seperti Adrenalin dan Superhero. Satu ja aku tak berkenan dengan CD Jewel Case ni adalah holder kat tengah-tengah tu. Walaupun dicop Universal Music sekalipun tak dapat menjamin kualitinya agar tak pecah. Benda ni betul-betul buat aku tension. Come on, buka-buka packaging terus pecah? Bukan barang second hand ni beb. Kualiti case kena improve lagi. Keseluruhannya, okaylah kalau nak dengar album ni (aku tetap prefer album pertama).

Apa-apapun, aku harap album ke-3 nanti akan lebih baik dari segala segi.

facebook comments:

7 thoughts on “Faizal Tahir – Adrenalin (2010)

  1. yg ramai2 tu ahli band dia. The Royale FT Force. kesemuanya antara musician2 yg terhebat kt malaysia ni dan berpengalaman luas.

    album kedua ni lebih mantap dari segi susunan muzik klu nk dibandingkan dgn album pertama. kena la ada perubahan. takkan la nk buat yg sama je album kedua dan seterusnya dgn album yg pertama. klu sama je, mmg x belajar memajukan diri la namanya. dh namanya bkn sekadar penyanyi, dia juga composer, music arranger, musician dan juga lyricist of course la dia byk bereksperimentasi dgn muzik. x boleh la terlalu mengikut selera pendengar.

    album ketiga pun melalui lagu Buta dan Antigraviti pun lain drp lagu2nya yg terdahulu.

    • Power jugak cara ko backing FT ni. Tapi…ko lapar ke apa ni? Meroyan tiba-tiba? Sah sah mamat tu kata personally, dia punya pendapat, dia punya duit, dia punya suka la nak tulis apa.

      FT Royale Force ni takde nama ke ahli2 dia? Berapa kerat yang kenal Genevie Kam, Kelly semua ni? Kasi la kredit sikit kat musician. Duh!

      • x power mana pun pendapat aku. biasa2 je. aku puasa hari ni. aku x emo x meroyan pun. nape dgn ko ni? x paham aku. klu betul la aku emo aku siap tulis dgn huruf besar dgn byk tanda seruan (!) lagi. ni tak, biasa2 je aku tulis. klu ko baca komen aku dari sudut yg negatif, maka negatif la pandangan ko kt aku. mmg itu personally pandangan dia, aku respect dan org lain pun kena respect pandangan aku. aku komen pun takde bahasa2 kesat caci mencaci pun. yg ko sentap giler nape? lapar eh? tuan pnya blog x komen apa pun. whatever la.. aku bkn jenis suka cari gaduh, klu ko tersentap ke apa ke aku mintak maaf. selamat hari raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge