Estet, Dari Pandangan Orang Buta Seni

Tiket Pre-Preview Estet

Entry ini mengandungi SPOILER. Jangan kata aku tak beri amaran.

Rujukan lanjut

http://filemestet.blogspot.com/

http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Estet_832

Nazari (aka Aliph) telah memberi info bahawa pre-preview filem ESTET, arahan saudara Mamat Khalid akan ditayangkan di Dewan Budaya USM pada 28 Oktober 2010. Pada mulanya, segan jugaklah nak pi. Paham-pahamla pre-preview kat USM ni suka pakai projektor manual, bunyi bising. Heheheh… Tapi, memandangkan ia dicanang-canangkan sebagai saingan terdekat filem MAGIKA, maka aku ambil keputusan untuk melayan filem ni dan memberi pandangan mengikut suka hati aku sendiri.

Penonton Possing Dengan Poster Saja Sebab Artis Tak Mai

Estet mengisahkan para penduduk di Estet Cinta Manis, yang majoritinya berbangsa India hidup dengan aman damai dengan penduduk berbangsa Melayu. Dengan plot cerita ditumpukan kepada Farid (Farid Kamil), Shashi (Shashi Tharan) dan Geetha (Jasmin Micheal), tak dilupakan kepada watak-watak lain seperti Appa Shashi (Gandii Nathen), Subramaniam (K.S. Maniam),  dan crook 2010 (pilihan aku, hehehe) Junna (Shoffi Jikan). Selain itu, ESTET diserikan dengan kehadiran Rosyam Nor sebagai Kublai Khan dan David Arumugam sebagai Aru dalam filem ni.

ESTET mengisahkan kehidupan di ESTET Cinta Manis, antara pekerja dan majikan (Ponniah and Co sebagai supervisor ladang). Dalam pada masa yang sama, satu perlawanan bolasepak antara Estet Cinta Manis dan Estet Red Cobra akan diadakan setelah 20 tahun tidak diadakan. Sejarah perlawanan bola sepak di antara dua estet ini terdapat dalam scene-scene yang memaparkan flashback sejarah antara player-player lama Estet Cinta Manis berdepan dengan player Estet Red Cobra.

Junna sebagai crook Estet Red Cobra telah mempamerkan satu lakonan yang amat berkesan dengan tagline “Kita Kasi Mampus!” di sepanjang filem ini. Siapa yang tak kenal dengan Mamat Khalid? Seperti arahan lamanya iaitu Zombie Kampung Pisang dan Rock, setiap adegan akan diselitkan dengan adegan-adegan seperti Farid dengan ayat “Raya ni saya beli scooter”, dan si Shashi yang persis hero apabila mematikan “Bom Atom” di badan sendiri, kemudian kelam kabut ingin lari kerana panik dengan bom di badan Subramaniam.

Filem ini sarat dengan mesej perpaduan antara kaum, yang aku tak nafikan memang hebat garapannya. Pemilihan Jasmin memegang watak Geetha amat tepat, kalau Jaclyn Victor tolak watak tu pun tak apa, memang sesuai, dan lakonannya tak kaku sangat.

Namun, ada beberapa kelemahan di mata aku ketika menonton filem ni. Antaranya ialah:

  • Perubahan plot cerita agak longgar, contohnya ketika Maniam ingin membunuh diri, semua ahli keluarganya ingin menyelamatkannya tetapi pengsan. Persoalannya, jika semuanya pengsan, siapa yang selamatkannya?
  • Terus-terang, bahasa yang digunakan agak kaku kerana terlalu mengikut skrip, dan tidak natural. Jangan paksa semua pelakon jadi macam Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.
  • CGI, Diharap, Mamat Khalid dapat memperbaiki mutu CGI selepas ni.
  • Ending cerita yang seolah-olah tergantung. Selepas menang bola,apa jadinya? Apa terjadi kepada Farid dan Geetha?
  • Shashi yang kena tembak di bahu, boleh menyanyi dan menari di hujung filem tanpa kesan darah di baju.

Kelemahan-kelemahan tersebut, pada pandangan aku memungkinkan filem ini tidak terpilih sebagai Filem Terbaik 2010 di Festival Filem Malaysia baru-baru ini. Dari aku sebagai penonton, aku mengharapkan hiburan, kefahaman dan juga nilai cerita, Pertukaran plot yang kadang-kadang tidak realistik, boleh membuatkan aku termanggu di depan skrin.

Apa-apapun, aku mengharapkan ESTET arahan Mamat Khalid akan berjaya, dan membawa satu sinar baru dalam perfileman tempatan dalam menerapkan nilai-nilai bangsa dan masyarakat majmuk. Estet akan menemui penonton di pawagam-pawagam tempatan kalau tak silap aku, November 2010. Selamat menonton!

Abang Mamat, kami menantikan filem anda yang terbaik selepas Estet dan Rock!

facebook comments:

6 thoughts on “Estet, Dari Pandangan Orang Buta Seni

  1. Terimakasih kerana menonton estet. Estet adalah filem yg pada abg tiada perlu kesudahannya. Ia adalah satu titik permulaan satu hasrat halatuju film bersifat malaysiana yg harus bersambung.
    Kesudahan filem ini adalah harapan abg mengingati penonton ini adalah sebuah filem yg berniat feelgood dgn menghidupkan kembali watak mereka sediakala lalu bersama dan mennyanyi beramai-ramai dlm suasana lupakan semua itu dan mari hidup bersama. Sekali lg Terima kasih kerana menonton

  2. ending yang tergantung itu membuatkan penonton bebas membuat andaian sendiri……

    saya bersetuju dengan komen skrip kaku dan terlalu formal. *juga koreografi yang nampak terlalu dibuat2 dan tidak natural*

    Saya mula gelak bermula babak bunuh diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge