Entry Darjah 4

Tiba-tiba aku duduk bercangkung. Ramai pulak tu. Aku ingat muka diaorang semua, tapi kenapa aku berkain pelekat? Kenapa aku duduk di disco? Cis, dah kena raid la pulak! Tapi aku terlepas, sebab aku dicekup semasa dalam perjalanan ke Masjid. Tapi apa kena mengena dengan discotheque tu? Hampeh betul!

Esoknya, aku memulakan kerja dengan sarapan pagi, Tapi bukan naik van. Tapi aku naik Backhoe! Bukan aku bawak, tapi aku tengah duduk dalam penyodok backhoe tu sambil ada seorang staff tempat aku kerja yang dah pencen merempit backhow tu sekuat hati, katanya ada rumah customer yang ada problem nak kena repair line telefon.

On the way ke rumah customer tu, aku sempat beli sebuah buku tutorial “Cara Asas bermain Gitar Akustik” setebal lebih kurang 300 mukasurat yang ditulis oleh salah seorang blogger berpengaruh pada masa kini. Apa kejadahnya ni, dah dekat 200 muka surat, tapi masih dok ajar macam mana nak pegang A Major dan A Minor. Last sekali apa yang aku ingat, entah macam mana aku sumbat satu tin Coca-Cola dalam mulut blogger tu.

Perut berangin….
Kriukkkkkkkkkkkkkkkkk~

Astagfirullah!
Aku mimpi rupanya, patutla merepek-merepek!!!!

Adalah mimpi-mimpi tu adalah untuk meperingatkan:

1. Niat aku yang nak jual pedalcase aku ni?

Memang aku open RM250.00, termasuk shipping jadi RM290.00. Tapi bila aku display macam ni, ramai pulak yang asyik tanya RG aku tu. Fuyyo!! Itu champion punya wo, talak jual lo…..

2. Nak memperingatkan aku untuk jual kesemua gitar aku? (hrmmm tak mungkin)
3. Nak memperingatkan aku untuk praktis gitar balik, yang dah lama aku tinggalkan akibat kesibukan kerja?

Atau mimpi semalam sekadar mainan tidur saja…

Tapi, betul la, bila dah MC ni, mulala nak merepek-merepek… Berikut ialah cara aku merepek selepas Subuh tadi.

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #15/30
————————————————

facebook comments:

2 thoughts on “Entry Darjah 4

  1. 1. "…memperingatkan aku untuk jual kesemua gitar aku?" – brapa byk gitar hang?

    2. digitech death metal tu klu vs boss mt-2 rasa2 mana lg kaw-kaw distortionnya?

    3. patutnya gitar (+ pedal & amp) tu berada dlm keadaan standby (xpyh bungkus2) jd boring2 on je suis terus bleh main, wlupun 5-10mnt sehari

    4. no wonder hang merapu perabih pasai rgr321ex at entry aku hahaha…

  2. 1. 4 bijik. hehehehe

    2. digitech tak pernah try. MT-2 pulak, femes. Mana kaw, taktau sebab tak pernah test digitech

    3. bilik dah cramped sangat

    4. hahahahahahahahahahah~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge