Emporium Butterworth

Kredit Gambar: Khamarulzaman Khamaruddin (FB)

Gambar ni muncul di Facebook. Antara tempat yang nostalgia untuk orang Bagan. Di Pulau Pinang, kalau sebut Bagan tu bermaksud seberang (tanah besar), kalau sebut Penang tu bermaksud bahagian pulau. Kalau sebut Tanjong tu, bermaksud bahagian Timur Laut pulau; area Padang Kota sampai Weld Quay.

Emporium ni sebenarnya nama supermarket, ia pasaraya asal di Jeti tu sebelum diambil alih oleh Parkson. Di kompleks tu:

  • Tingkat 3 adalah pasaraya
  • Tingkat 2 adalah lot kedai dan food court
  • Tingkat bawah adalah tempat bas, macam Pudu.

Sebenarnya aku tulis point di bawah ni dalam FB, tapi biarlah aku abadikan di blog juga buat kenangan. Kalau hangpa ada baca post aku ni dan ada buat entry yang ‘throwback’ port nostalgia hangpa, jangan lupa link ke post ni. Blog aku ada set link back function, jadi entry hangpa akan ada link bawah entry aku ni nanti. Kita share noohhhhh.

1. Tempat first kenal kedai kaset original. Balik asrama, mesti singgah. Duit takda, minta amoi kedai test kaset, haram tak beli pun. First kaset beli kat sini. Kedai kaset ori.

2. Ali’s Cafe. Burger dia sedap. Satu-satunya kedai yang aku pernah jumpak masak roti burger pakai machine kapit macam McD.

3. Kat foodcourt tu, pernah order mee goreng. Makan sekerat, dalam sudu ada ulat sayur warna warni. Rasa nak termuntah, aku komplen kat brader kedai tu. Dia buat bodo mentang-mentang aku pakai baju sekolah. Salahkan brader ni, pasal dia aku jadi pengkritik makanan tersohor sampai sekarang. Tempat ser memang aku taruh tak bagi can.

4. Western Blue. Kedai jeans pertama aku. Simpan duit sekolah sebab nak beli kasut North Star warna biru tua, tak silap harga RM49.00. Waktu tu, budak-budak bukan reti beza North Star dengan All Star. Aku pakai North Star ada orang tanya, aku cakap ni variant Converse All Star.

5. 1998. Pertama kali nampak troop Black Metal secara live. Waktu tu ada gig di Rock World. Satu Emporium penuh dengan Mat Black. Penuh. The day Emporium turned black! Lepas tu aku paham geng-geng sekolah dok bagi panas duit syiling bagi lekat bekas bawah bibir ni buat apa.

6. Kena kencing dengan konduktor Bas UTC. Aku nak turun di Hospital Butterworth dia kata boleh. Last-last dia kata tak turun! Aku berhenti di Kampung Gajah, jalan kaki pi Hospital. Kena marah dengan ayah sebab lambat. Waktu tu takda henpon. Kampung Gajah pi Hospital dalam 5KM. Aku baru darjah 6 time tu.

7. Parkson, balik asrama, ronda Parkson dulu. Haram tak beli apa. Parkson ni aku rasa standard dia macam Pavillion KL waktu tu. Gitar dan bola pertama aku dari Parkson. Ayah beli, lepas aku mengamuk guling-guling dalam supermarket. Terima kasih ayah. Guitar tu ada sampai hari ni. La ni size dia besar sikit dari Ukulele ja.

8. Bas 232 Sungai Puyu dan Bas Transit Link 65 Seberang Jaya jadi mainan aku. Berulang antara sekolah, Prai dan Sungai Puyu. Darjah 4 sampai Form 5. Aku rasa mak bapak zaman la haram tak percaya kalau anak besar tu nak bagi naik bas sendiri.

9. BSN. Port pi keluar duit Biasiswa Kecil Persekutuan. Dulu aku antara penerima BKP ni, Form 1 sampai Form 5. Apa aku buat dengan duit BKP tu? Nasi Goreng Terengganu Road, Mee Mamak Penang Cafe dan Nasi Goreng Eden Terengganu Road. Sebulan RM30 ja kot BKP tu kalau tak silap.

10. Feri. Entah apa la aku buat dulu dalam Feri.

facebook comments:

3 thoughts on “Emporium Butterworth

  1. Hmmmmm..Saya pernah hampir² mati terkepit antara bas utc dgn tiang besar kat situ gara² buat stunt melompat depan bas masa bas merapat ke tiang utk parking.

    Fuhhh…dah tua² ni ngeri pulak bila diingat.

    Abam admin dah x review moto ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge