Electric Breastpump

1st time tengok currier company ni

Sebenarnya electric breastpump ni dah beli lama. Mungkin sebulan sebelum Nurul bersalin kot? Mendapat syor daripada kakak Nurul yang turut menggunakan jenama yang sama, iaitu Little Bean Electric Breastpump. Kami beli online saja memandangkan kalau rajin survey, ada kedai yang menawarkan harga yang murah sedikit berbanding kedai. Untuk breastpump ni, kami beli pada harga RM269.00 (harga asal RM299.90). Kalau beli awal sebulan dua, harga promosi pada waktu tu kalau tak silap aku cuma RM219.00. Nasib la, kena rajin survey.

Little Bean Portable Automatic Breastpump

Apa yang ada kat dalam, dan info kekuatan hisapan

Invoice MyBBStore dan warranty

Maklumat kat tepi

Maklumat kat kanan

Packing dalam kotak

Apa yang ada dalam kotak

Aku rasa, benda ni patut ada la untuk semua bakal-bakal ibu nanti. Kalau suri rumah sepenuh masa yang ada masa nak bagi susu ibu sepenuhnya mungkin tak ada masalah. Tetapi kalau yang bekerja, breastpump ni amat penting sekali. Nasib baik tak beli manual breastpump, pakai yang electric pun, dekat setengah jam pam baru nak cukup sebotol, kalau manual, jenuh letih la nak pam tangan nanti.

Gambar manual nak pakai takkan aku nak letak demo jugak? Agak-agak la kan. Takkan nak tunjuk aku sebagai modelnya! Hahahahahah…. Dalam banyak-banyak tips yang aku terima, ada yang cakap ibu yang nak bagi susu badan, kena makan banyak sayur Sawi. Ada jugak yang kata makan ikan Yu (macam Yu pasir atau Yu Bodoh tu). Tapi Nurul dah ikut satu petua yang memang berkesan untuk bagi banyak susu badan – minum Horlicks Ho! Ho! Ho!

Selamat mencuba.

facebook comments:

One thought on “Electric Breastpump

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge