Down! Down! Down!

Media Library in WordPress

Ok, aku memang rasa menjengkelkan betul bila blog aku asyik down.

Kronologi:

1. TimThumb Script Exploit

Benda ni worldwide attack. Site aku antara 16K site yang terkena dan dalam 2K site yang telah diblacklist oleh Google – sumber.

Nak bersihkan balik site aku ni dah satu hal. Memandangkan aku agak sibuk, tempoh down site aku akibat script exploit + blacklisted by Google = sebulan!

Ya, aku amik masa sebulan untuk recover balik blog aku melalui pembersihan script yang dah kena inject masuk dalam file .htaccess dan index.php dalam folder-folder aku. Seterusnya, nak kena bersihkan exploit dalam TimThumb.php dan nak kena verify balik dengan Google.

Aku berjaya settlekan semua ni dalam tempoh sebulan.

2. Data Webhosting Kena Wipe

Pada Sabtu, 1 Oktober 2011. Aku perasan yang blog aku takleh access. Mulanya aku ingat mungkin server tengah buat maintenance, macam biasa. Tapi aku pelik bila takleh access 3 hari. Ah sudah!!!

Lepas buat problem tiket, baru aku dapat info yang data kat Bubhosting dah kena wipe habis masa 0-day pada hari Sabtu 1 Oktober 2011. Seriously aku memang pissed off. Sebelum ni, webhosting aku under ZMB Hosting – Kawan punya. Bubhosting dah acquire ZMB dan secara automatik memang aku dah under webhosting lain. Frankly speaks, masa bawah ZMB, memang ada attacks on server banyak kali, tapi alhamdulillah si Joe kawan aku ni rajin buat back-up. Nak jadikan cerita, aku dimaklumkan oleh Bubhosting yang semua data aku kena wipe, termasuk full backup pada 29 September 2011 (lepas aku recover blog, aku terus buat backup). Masalahnya, aku buat full backup at Home Dir dan tak sempat nak download. Habis semua media aku kat wo-contents/uploads. Last backup was on July 2011. Bayangkan dah berapa banyak gambar aku kena delete!

Kelmarin, aku mintak Bubhosting recover balik database aku yang terselamat. Joe tolong aku recover balik database, selamat entry ada, cuma habis media dah lesap. Terpaksa aku rebuilt balik semua entry aku yang dah kena wipe. Apa-apapun, aku mintak sangatla hosting aku yang baru ni buatla remote backup, tak kira mirror ka, apa ka, yang penting aku nak depa buat back-up! Aku memang buat full backup sebulan sekali, tapi pada aku, sepatutnya webhost memang kena 24-jam kena ready dengan backup.
Aku sewa server bukan dengan air liur, tapi dengan duit! Ok, aku memang pissed-off. Aku dimaklumkan yang Bubhosting sekarang tengah setup server kat Denai Alam untuk offsite backup cpanel dan Directadmin punya offsite backup server akan di set di Ampang. Aku harap lepas ni kalau ada attack sekalipun, biarlah backup tu ada.

OK, ada sesiapa nak sponsor kat aku server space untuk 3rd party full ftp backup?

facebook comments:

2 thoughts on “Down! Down! Down!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge