DIY Windshield

Akhirnya, setelah hampir 8 tahun aku tak pernah amik port langsung dalam bab-bab nak pomen motor ni, atau lebih teruknya… Dalam 3-4 tahun kebelakangan ni, aku dah mula basuh motor kat kedai (ni namanya malas), kelmarin aku dah mula kembali mencemar duli dalam bab-bab mem’pomen’ motor walaupun secara teknikalnya ia bukan pomen. Windshield Jerung yang aku beli haritu, mula di’operate’ kelmarin.

Selepas ditebuk, dan dipadankan secara kasar, boleh mula amik masking tape untuk buat lining bahagian lebihan yang hendak dipotong. Tips untuk menggunakan hand drill ialah:

– Gunakan mata halus dulu
– Kemudian, baru gunakan mata yang sama besar dengan skru.

Memula sekali, kepit jer windshield tu dekat Apit G. Aku taktau nama orang putihnya nama apa, apa yang aku tau, masa kat poli dulu, manusia-manusia yang bernama Fauzi atau yang bergelar G akan menjadi keliru apabila berada di dalam bengkel kerana Apit G akan acapkali disebut. Tips mengepit ialah dengan menggunakan kain untuk mengelakkan calar. Sebaiknya, gunakan masking tape untuk menandakan bahagian yang tidak dipotong. Tapi aku koboi saja, budget tangan seni la kelmarin, padahal menggigil megalahkan orang tua.

Masa sessi drill memula tu, jangan malu-malu nak try mix-and-match dekat motor. Mana la tau kot-kot berkenan, bolehla difikirkan hal-hal lain sebelum kerja-kerja grinding dilakukan.

Memula tu aku plan nak togelkan windshield asal dan terus gunakan macam ni. Tapi oleh kerana hasil grinding yang nampak hodoh dan tidak berseni telahpun terjadi, maka alternatif lain perlu dilakukan.

Ya, tepat sekali. Windshield asal digunakan di bahagian atas windshield jerung untuk ‘menampung’ kecacatan grinding tersebut. Tapi, nak buat macam ni, habis lari plan sebab lubang drill asal dah tak sama. Jenuh jugak la aku nak adjust benda ni time tu.

Nampak tak kecacatan grinding tersebut. QA Officer aku merangkap ayah aku la, balik-balik aja dari kenduri arwah tadi, terus komen kecacatan ni. Dia suruh aku buka balik dan sand paperkan atau kikir area tu bagi licin. Tapi aku dah penat. Lama tak buat kerja-kerja macam ni dengan motor.

Sebenarnya, tujuan windshield ni diletak bukannya apa, memandangkan Belang R 150 ni jenis togel, angin dari depan sememangnya datang direct terus. Penambahan windshield ni kalau ikut teorinya adalah untuk aerodinamik sahaja. Satu teori yang membolehkan engineer Jepun akan pening kepala dengan rakyat Malaysia.

Untuk tutorial entry kali ni, aku selitkan satu video yang takde kena mengena dengan tutorial windshield ni, tapi video masalah Belang R 150 yang Suzuki belum lagi perbetulkan, tapi ada hati nak re-model Belang. Jadi, diharap Suzuki dapat betulkan masalah ni dulu. – Auto Chain Tensioner Problem.

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers