DIY: Exhaust Fiber Cloth Replacement

Alatan yang diperlukan

Biasanya, fiber ekzos ni berfungsi untuk menyerap bunyi berlebihan pada muffler atau tabung ekzos. Yang ni jangan percaya, aku hentam saja sebab yang tu sajalah yang aku tau. Kalau ada fungsi lain, bolehla share dekat seksyen komen orait?

Aku taktau nak tulis apa, jadi aku decide aku nak tulis cara-cara nak tukar fiber cloth untuk ekzos motosikal. Aku taktau la nama spesifik untuk fiber cloth ni, jadi aku hentam sajalah namakan dia fiber cloth sebab biasanya, kalau pi kedai motor, kita selalu sebut “tauke, bagi fiber untuk ekzos satu”.

Kalau nak baca, entry ni ialah entry bergambar cara-cara nak tukar fiber ekzos.

Alat-alat yang diperlukan:

  1. Hand Riveter (untuk muffler ekzos yang dirivet)
  2. Hand Drill
  3. Blind Rivet (untuk muffler yang dirivet)
  4. Mata drill
  5. Sumber elektrik melainkan hand drill tu pakai battery atau gigi korang keras nak gigit rivet tu.

Muffler dan Fiber Cloth

Pastikan mata drill sama saiz dengan lubang blind rivet untuk elakkan kerosakan

Hasil selepas drill, bibir rivet akan tercabut

Keadaan silencer selepas dibuka dari muffler. Fiber lama masih ada dalam muffler

Apa lagi, kasi balut fiber cloth baru

Gempak jugak eh? Tapi bukan ni yang kita nak. Masukkan semula blind rivet baru. Biasanya RM0.04 sebiji kalau beli di kedai hardware.

Pastikan riveter menekan sampai habis bibir blind rivet sebelum tekan (punch). Kalau tak, hodohlah finishing korang nanti

Tada~ Dah siap. Apamacam? Senang ja kan?

Perbezaan fiber putih dan kuning ialah tahap kepanasan yang boleh diterima. Jadi, ia bermaksud, fiber putih ni lebih tahan panas daripada fiber kuning. Biasanya, fiber kuning ni macam kain reput sikit, dan selalunya diguna untuk ekzos 2-strokers, atau lebih tepat, racing chamber exhaust untuk motorsikal 2 stroke.  Jadi, fiber putih ni lebih tahan lama berbanding fiber kuning, jenuh nak tukar kalau hari-hari korang naik motor.

Allergic

Langkah berjaga-jaga harus diambil ketika memasang fiber. Seelok-eloknya pakailah face mask. Bulu-bulu fiber ni halus, jadi paham-pahamlah yerk. Lagi satu, dari segi kesihatan, sesetengah orang sangat allergic apabila mengendalikan fiber. Tanda-tanda allergic adalah seperti gambar aku kat atas. Gatal!

Jangan bergurau dengan tahap keseriusan allergic korang dengan fiber. Kepada orang yang betul-betul allergic dengan fiber, selepas terjadi ruam boleh membawa kepada sesak nafas dan sekiranya berada dalam situasi yang tidak terkawal, ia boleh membawa maut. Jangan kata aku tak peringat korang.

Sekiranya korang allergic teruk dengan bahan-bahan micro-fiber, elakkan daripada melakukan kerja-kerja penukaran fiber cloth ni. Serahkan terus kepada kedai ekzos. Bezanya, modal aku cuma fiber cloth ni sajalah dan kederat sikit nak buka dan pasang. Save banyak gila daripada pasang kat kedai.

Selamat mencuba. Kalau tak berjaya, sila choba dan choba lagik. Kalau tak berjaya jugak, sila pasang kat kedai ajalah.

facebook comments:

7 thoughts on “DIY: Exhaust Fiber Cloth Replacement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge