Dinner Kompeni 2009

Seperti yang semua tau, memang gua kecoh kat facebook gua dengan update status masa gua kat  Company Dinner 2009 semalam. Taktau nak buat apa sebab member-member kamceng gua ramai yang tak turn-up malam semalam. Ah.. semua mengharapkan hadiah lucky draw, bila tak dapat.. Mulalah tak datang (gua buat andaian liar). Gua tau la gua asyik menang jer… (kuikuikui).

Sebenarnya bila dinner semalam, gua tak plan nak datang pun sebenarmya. Takder mood sangat nak datang. Tapi bila ‘ehem-ehem’ dah tolong isikan kehadiran, maka gua pun datangla jugak.

Tahun lepas punya dinner, tema dia “Irama 60-70-an”. Tapi gua memang rebel time tu. Gua belasah sajalah pakai macam ni. Memang dapat teguran daripada management, tapi sorryla, gua bukan generasi 60-70-an, mana gua tau nak dress macam tu….

Kalau suruh dress rock ker, rap macam 4U2C ke, (hahahaha), ni gua tau la…. Cuma sayang sikit, kalau gua dress rock, memang gua takdak rambut la… Mungkin gua kena pinjam kat Amy Search wig dia untuk gua pakai kalau ada tema 80-an.

Dan tiap kali kalau gua pakai baju ni, atau tiap kali gua pakai baju ni. Gua akan teringatkan Allahyarham Ijan. Seorang yang telah memperkenalkan gua kepada Sayap-Sayap Wings. Al-Fatihah.

Untuk dinner tahun ni… Agak-agak apa tema dia?

Kah kah kah… Arabian 1001 Nights and Star Wars. Cam celakak. Sekali lagi gua mana ada baju macam tu!!!!

Gua tau, costume party macam ni sememangnya leceh. Tengok mamat “Best Dress Of The Night” ni. Terseksa beb gua tengok dia nak isap rokok.

Sebab tu gua cukup tak berkenan bab-bab nak pakai kostum-kostum macam ni. Tapi gua betul-betul respek dengan brader ni sebab sanggup sewa kostum ni dari supermarket berdekatan. Dia dapat RM200 kot untuk best dress award tu.. Erm, dapat RM200, sewa pulak berapa erk?

Jadi, begitulah gua dapat ceritakan sedikit-sebanyak benda apa yang gua  tak berapa nak berkenan dengan Annual Company Dinner – Tema!

Lain-lain tu, gua tak kisah. Dan kepada kawan-kawan gua yang tenggok gambar kat bawah, gua mintak maaf la… Gua anggap benda ni rezeki, syukur alhamdulillah. Straight in a row for 3 years dapat hadiah lucky draw. Har Har Har…..

Sesiapa yang tak dapat, kita cuba lagi tahun depan. Gua cuba untuk tak datang dah dinner untuk bagi kawan-kawan lain dapat can dapat hadiah.

Di mana ada kemahuan, di situ ada highway.………… – Adnan Sempit (nanti gua review)

facebook comments:

3 thoughts on “Dinner Kompeni 2009

  1. Pingback: Family Day TM Penang | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge