Diari Ramadhan Gua 2

Ayam Panggang Madu

Ayam Panggang Madu ni, boleh didapati di Bazar Ramadhan Seberang Jaya (Sebelah Market). Sehingga hari ni, aku tak paham kenapa ayam panggang jenis yang ala-ala dibakar+letak kuah dipanggil ayam percik. Aku lebih selesa panggil ayam panggang saja, kerana mengikut definisi yang aku buat sendiri, ayam percik adalah kategori ayam panggang yang berempah dan ada macam rasa-rasa isi kelapa sikit, ala-ala kerisik.

Hah, yang tu adalah definisi yang aku cipta sendiri untuk membezakan:

  1. Ayam Percik
  2. Ayam Panggang


Tapi janganlah serius sangat… Yang tu adalah definisi aku sendiri tanpa melibatkan pihak ketiga. Untuk jalan-jalan cari makan Ramadhan kali ni, aku ambik Ayam Panggang Madu ni sebagai pilihan utama ayam panggang. Dah biasa sangat dengan ayam panggang versi biasa, ayam panggang kali ni menyertakan sekali kuah rempah + madunya dalam pakej. Dengan RM1.50 untuk sayap dan RM8.00 untuk sebelah badan, pembelian ni amat berbaloi.

Cuma awek yang tolong bungkus ayam ni, harus diberikan kursus membungkus ayam panggang kerana aku perhatikan, dia memang tak reti bungkus ayam panggang. Berterabur, nak tegur, takut jatuh pulak saham dia nanti. Hahahaha….

Hot Dog Paling Hot Dalam Pasaran

Sekali lagi, Papa Hot Dog mencuri tumpuan aku buat kesekian kalinya. Dengan keistimewaan saiz Hot Dog yang bagak berharga RM4.00, kedai yang tak putus-putus dikunjungi pengunjung ni mengekalkan takhta Western Food paling ngetop di Bazar Ramadhan Seberang Jaya.

Aku dah tanya brader yang buat hot dog ni, selain bulan puasa, memang dia tak buat dah benda ni. Kekerapan membuat Hot Dog ni, aku perhatikan ialah tidak henti-henti. Maksudnya, di masak stim hot dog ni dan terus bungkus non stop. Bukan special apa pun; roti, hot dog jumbo, kuah black pepper, sos, mayonis dan bawang besar dadu sejemput. (Dan aku perasan bawangnya lebih sikit daripada tahun lepas… Mungkin sebab minyak naik 5 sen haritu)

Tahun ni, brader tu buat kelainan sikit dengan menjual Baguette + Mushroom Soup. Ada jugak customer non-muslim yang tertarik dan nak beli French Bread tu saja, tapi mungkin brader tu tak fikir aspek keuntungan dan dia kata; “no.. this roti only jual dengan mushroom soup ni.” Sayang, keuntungan boleh disasarkan boleh meningkat 25% sekiranya ada jual ala-cart tolak mushroom soup tu.

Dan amaran aku, Oblong brader ni untuk jualan tahun ni memang tak sedap. Hehehe…..

Spring Potato

Akhirnya, tahun ni aku tewas juga dengan sensasi baru Bazar Ramadhan 2010 – Spring Potato. Dengan berbekalkan RM2.00, semua orang boleh dapatkan bendalah ni dengan perasa BBQ, Hot & Chilli, Cheese dan apa ntah lagi 2 perasa aku tak ingat.

Kentang putar yang menjadi fenomena di Bazar Ramadhan Taman Pauh ni, berjaya memaksa aku untuk parking moto, dan berjalan sejauh 600 meter semata-mata nak dapatkan benda ni. Dan kesimpulannya, aku berjaya dapatkan kentang spring yang nak kata sedap tapi tak sedap ni. Mungkin kalau panas-panas, makan sedap. Tapi pepaham ajalah puasa, dah beli, nak kena bungkus dan merempit bawak motor sejauh 25KM pulak lagi nak balik ke rumah.. Lepas tu tunggu berbuka puasa. Confirm sejuk, ala-ala kentang KFC yang dah sejuk tu.

Sebenarnya, semua makanan yang dijual ni biasa-biasa saja pun. Cuma bila dah tewas dek nafsu, gua rasa macam nak angkut semua gerai kat Bazar Ramadhan ni balik rumah.

facebook comments:

4 thoughts on “Diari Ramadhan Gua 2

  1. hahaha spring potato kat sini pun ada, mcm best je… tp aku xpnh beli sbb menu slalu dipotong oleh chicken chop rm4.00, smpi rmh dah tak sedap sbb sejuk

    xpa, sbb hang xbuh gambaq nasik kandaq, aku xngamuk kali ni

  2. abang hensem, murahnya ayam seketul singgit lima kupang, kat sini jejak 2-3 ringgit seketul.

    hot dog jumbo seksi…

    kat Penang punya makan Bazar Ramadhan nampak syok2 semua laa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge