Dethpit

Hari ni 21 April 2017; Dua minggu lagi sebelum ketibaan Megadeth di Stadium Negara, Kuala Lumpur. 

Aku bukanlah peminat Megadeth, mahupun Metallica. Apatah lagi kesemua The Big 4; Metallica, Megadeth, Anthrax dan Slayer. Koleksi yang ada pun setakat yang aku nak dengar. Slayer dan Anthrax pula, tak pernah beli pun. 

Entah macam mana aku boleh terbeli tiket Megadeth Live In Malaysia. Mungkin sebab ralat sangat tak dapat pergi Metallica, membuatkan aku TERbeli tiket band Mustaine ni. Ya, TER-beli.

Banyak isu juga nak sembang pasal LP ni (bukan Megadeth) , tapi memandangkan Berteromber dah cakap, aku rileks dulu. Lagipun banyak benda nak cakap, tapi mood nak update blog agak kelam.

Berbalik pada Megadeth, aku beli sorang-sorang. Jadi mungkin travel sorang-sorang, masuk stadium sorang-sorang, layan sorang-sorang dan last sekali up gambar dalam Instagram dan Facebook, settle prosedur menjadi poser yang sebenar. 

6 thoughts on “Dethpit

  1. 1) Aku rasa Anthrax kau tentu suka State Of Euphoria nye style lagu2 so you should go for that.
    2) Aku tak gi Megadeth – Harap kau enjoy.
    Pergilah sekali2 tengok band International. Ni kira pengalaman seumur hidup dan sesuatu yang kita akan kenang dan akan cerita untuk hari tua nanti haha.
    Aku cakap la, kalau TOTO datang beraksi kau jangan miss. haha.
    3) Sorang2 lagi best.
    – Takde distraction
    – adventure
    – relaks dari dunia betul yang sangat stress dengan banyak benda kat kepala yang jadi lumrah hidup sekarang
    – kita fokus
    – kita boleh buat apa kita suka. Katalah aku gi satu persembahan, terserempak dengan boss boss dan supervisor2 di kerja mahupun kawan kerja , aku akan lari kan diri gi area lain. Pasal… aku tak mau orang nampak aku kalau kata aku enjoy myself giler2 terutama mereka yang kerja dengan aku. Abis semua pandang serong kat aku start dari hari tu HAHAHAHAHA.
    Senang cakap I CAN BE MYSELF.
    – DAN LAST, apa guna kita koleksi berlambak satu gudang, mungkin dua tiga gudang, setinggi KLCC pun, kalau kita tak usaha sikit pun bila band2 International datang beraksi. Mereka DATANG ok, bukan kita nak gi tempat lain, dia dah datang tempat kita.
    OK last? apa pasal LP? cerita la…

  2. aku, kalau datang sorang aku balik the next day, kalau family join skali (nak shopping raya kat TAR) kitorang balik hari sabtu kah kah kah…

    btw, nanti dah dekat2 hari konsert buatlah grup wasap utk geng2 bloggers yg pegi, senang nak bincang2, mencari (jgn jadi mcm kes metalika haritu, sampai habis konsert tak terjumpa portdy) dan/atau ber mini-gathering gitu~
    Ijau D. Koceng recently posted..Wordless Wednesday: Protect Your PC, Low Cost Style…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge