Daging Masak Bistik

Sesetengah wanita kata, memasak ni boleh mengurangkan tekanan. Setuju ka dengan pendapat tu? Kalau tak setuju, mungkin kita kaum lelaki ni kena fikir balik, adakah main pc/konsol games, memancing, jamming, konvoi motor, melepak kedai kopi dan lain-lain aktiviti yang biasanya dilakukan oleh orang lelaki ni boleh mengurangkan tekanan?

Jadi, aku rasa kita kaum lelaki kena hormat pendapat tu – memasak boleh mengurangkan tekanan.

  Ini adalah resepi yang diolah semula oleh mak. Mak pun dulu salin mungkin dari rancangan tv, dulu femes kat tv, mana ada internet. Sampai satu tahap modify, aku cukup suka dengan masakan mak ni. Ada orang tanya, masak bistik ni macam telur bistik ka? Aku rasa tak.

Sebanrnya aku tak pasti macam mana boleh dapat nama bistik ni. Ikut tekaan aku, mungkin dari “beef steak”. Jadi, bila masak kat rumah, terus jadi bistik. Teori kedua aku, sebab ada tabur kacang peas. Dulu-dulu kan western food suka tabur kacang peas la, jagung la…. Tu yang jadi bistik tu, beef steak yang dimelayukan. Entah, aku teka ajalah!

Aku kongsi resepi mak aku, yang aku suka.. Dan yang pastinya, korang tengah baca entry di mana lauk ini aku masak sendiri, buat kali pertama! Jadi, anggap sajalah resepi yang aku bagi ni setaraf tagline Chef Hanieliza, pasti jadi!

Daging Masak Bistik

Bahan-Bahan
1 Kati Daging (600 Gram)
Kicap pekat
Ubi Kentang
½ sudu jintan putih
½ sudu lada

Bahan Kisar
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar cabai mesin
Air
Kacang Peas
Garam dan Gula secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Daging dipotong dan diketuk
  2. Bahan kisar diperam ke atas daging selama satu jam (aku peram kejap ja, waktu goreng ubi tu)
  3. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan sekaligus. Masukkan kicap secukupnya
  4. Rebus sehingga daging empuk
  5. Goreng ubi kentang, campurkan dengan bahan masakan dan akhir sekali taburkan dengan kacang peas

 

Sebenarnya, daging ni aku ada buat silap sikit. Sepatutnya kena hiris nipis-nipis lagi dan kena ketuk-ketuk sikit daging, baru sedap makan tapi aku lupa buat. Kalau nak berkuah lagi, kena la tambah air dan kicap secukup rasa. Peranan jenama kicap tu penting, ia akan bagi kesan terhadap rasa akhir daging ni, ini terpulang pada korang nak pakai kicap jenis apa, mulut lain-lain kan? Dan resepi mak aku ni pulak, tak pakai buah pelaga dan rempah banyak-banyak. Resepi yang cukup-cukup sinple untuk dicuba.

Puas hati aku dapat masak sendiri apa yang mak selalu masak untuk aku. Dan baru tau betapa susahnya nak memasak kat dapur ni. Aku masak satu lauk ni aja pun dari pukul 10 pagi sampai 2.30 petang baru nak settle!

facebook comments:

4 thoughts on “Daging Masak Bistik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge