Cuti Yang Tak Cuti

Spa dan Urut Motor

Hari ni, buat kesekian kalinya, aku cuti. Cuti ganti yang aku amik sempena Keputeraan DYMM YDP Agong Sultan Mizan haritu. Aku kerja straight Sabtu Ahad baru-baru ni dan hari ni, aku cuti. Layan Argentina yang kena belasah (aku amik Japan seperti biasa, dan Argentina pilihan ke-2 tahun ni) sambil tengok Encik Subkhidin diwawancara geng Astro dan Harian Metro, pada hari kerja memang meletihkan.

Hari ni, akhirnya aku cuti. Sebenarnya dah lama aku tak buat overtime dan sememangnya, kerja-kerja membesarkan perut pun boleh tahan sebenarnya dalam membabitkan soal letih apabila mula nak jadi rajin kembali. Hahahah…

Cuti aku hari ni dikejutkan dengan pemergian mengejut Allahyarham Pak Njang (saudara jauh, Alfatihah) aku yang tinggal di hadapan kampung. Selepas menziarah mayat…. Aku mula menyusun program-program yang tertunggak buat sekian lamanya. Motor yang dah bergelumang dengan selut-selut aku hantar ke spa (aku malas). Tak berbaloi langsung RM5.00 aku lebur. Basuh macam tak basuh aja pun!

Beg rosak kiriman Hanif (kd) dari Sungai Petani aku nak ambil dari kedai beg yang aku hantar hampir 2 bulan lepas. Tapi beg tersebut masih berada di kilang beg. Cari kilang pulak tak jumpak.. Panas terik pulak tu, ah… Kensel program, balik rumah sembahyang Zohor lagi bagus.

Tengok Pun Tak Semangat

Terima pulak panggilan dari pihak RPJJ USM yang suruh aku datang ke pejabat PJJ untuk kutip buku teks. Ya, aku yang amik option untuk ambil sendiri buku-buku tu semua, tak nak pos. Konon-konon nak jaga kualiti buku la. Ye lah, aku nak semua buku kemas walaupun 5 tahun yang akan datang (nampak sangat aku tak baca buku). Periksa haritu, aku cuma dapat pointer 2.18 saja. Teruk betul. 2.18 tanpa membaca buku langsung. Gila. Ali Setan pun boleh success, takkan gua takleh! Tahun ni gua nak berusaha betul-betul. Tapi bila tengok buku teks tebal-tebal macam kat atas tu, gua rasa macam nak berhenti terus belajar.

Owh, gua pergi amik buku-buku seberat hampir 25KG tu dengan menaiki Pak Belang saja harini. Nak save budget. Tak lama lagi pun jambatan dah nak sembelih orang, jadi kena la ikat perut aku yang comel ni. Berlatih.

Nak Masuk? Lu Dah Master Wheelie?

Masa melepak tengok Argentina kena belasah, gua dah diberi satu task oleh sahabat gua untuk mencari rider ni. Jadi, terpulang la kepada rider ni samada nak atau tak. Owh, lupa nak cakap… Awek ni geng-geng Genuine Club punya stunt rider.

Motor Gua Ketat - Min

Aku juga mendapat info daripada Min, salah seorang staf Jabatan Pendaftaran di Alor Setar, yang mengalami masalah pada Belang R kesayangannya. Aku yang tertarik dengan masalah ni, terus mengunjungi dia dan Faizal, yang telah berada di Suzuki Service Center, Perai. Masalah ni amat mengejutkan, dan tidak disangka akan terjadi. Jadi, silalah ambil berat akan Belang anda! Lepas habis, kami lepak dekat Pelita Chai Leng Park, dengan aku yang masih tak makan harini, terus membaham apa yang ada untuk makan tengah hari pada pukul 4 petang. Kesian pada Min dan Faizal yang kena saman sebab u-turn di Double Line punya jalan. Jadi, lepas ni sila patuhi peraturan jalan raya ya beb.. Makan pun dah tak lalu sebab dua-dua kena saman. Memandangkan aku tak kena saman, maka aku pun makan dengan berselera sekali lah.. Hehehehhe.

Thanks Miss Tan!

Kepada Miss Tan, thanks for the warm welcome back then. The proposal will be ready in 2 -3 weeks time. Harap-harap projek besar kali ni akan menjadi, dan harap-harap sponsorship yang ‘di luar norma kebiasaan‘ Suzuki Assemblers akan menjadi kenyataan. (Biasanya Pihak Suzuki menaja Ride to Cup Prix).

Aku dah cuba buat yang terbaik, apa-apa pun bergantunglah kepada pemilik-pemilik Belang R dan jentera 4 strokers Suzuki yang lain untuk menjayakan majlis yang kami cuba mendapatkan tajaan pihak Suzuki dan Moto Wazi.

Kan aku dah kata, cuti pun macam tak cuti hari ni!

facebook comments:

3 thoughts on “Cuti Yang Tak Cuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge