Cromok Reunion: 25th Anniversary

Baju ni sampai sama dengan baju Sweet Charity haritu, juga daripada Reign in Black. Ia juga mendapat reaksi negatif daripada Mrs Speedrider dengan komen “Design baju apa yang abang beli ni…. Design bukan-bukan ni….” Mungkin korang boleh re-phrase ayat mak korang kata kat korang time korang kantoi pakai baju rock nak tengok konsert zaman 80-an dulu, mungkin?

Tapi pada aku, inilah design untuk Cromok yang paling cun pernah aku tengok, sebab tu aku beli!


 

Baju ini menggunakan tag berjenama Gildan, jadi harganya premium sikit daripada baju printed yang lain. Kalau kaki bundle, mesti perasan habis la brand ni. RIB menggunakan beberapa design baju yang disertakan dengan tag Gildan, dan apa yang aku perasan, untuk cetakan design-design yang terbaru, pembeli boleh memilih samada hendak menggunakan tag Gildan ni ataupun tidak (dengan tambahan kos sebanyak RM10.00 extra daripada harga asal).

 

Baju ini merupakan baju rasmi untuk konsert Cromok Reunion – Thrashing Kuala Lumpur yang aku tak dapat join memandangkan Muhammad Qayyum baru aja lahir waktu tu. Untuk mengubat kedukaan, aku pun sambar aja baju ni sebagai pengganti konsert. Pasti kawan gua, Joe Tandok tak beli baju ni. So, dia ke konsert gua tak dapat join. Dia tak beli baju, gua beli baju. Maybe it’s fair enough what? Hahahah!!

 

Personally, aku suka gila baju ni sampai tahap nak pakai pun sayang. Beberapa peringkat proses printing baju ada dalam album Reign In Black, boleh tengok kat album proses-proses cetakan baju rasmi untuk Cromok ni.

Jadi, aku nak pakai baju ni pada hari raya ke berapa?

facebook comments:

3 Replies to “Cromok Reunion: 25th Anniversary”

  1. hahaha, mrs. ijau la ni dah xkomplen klu aku pakai baju iron maiden, sbb dia tau eddie bkn hantu 🙂

    kira sama je mcm aku pakai baju tengkorak metuk ulau (borneo head hunters) yg slalu dijual di kedai2 brgn souvenir swk
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan Ribena?

  2. dulu baru2 kawin wife aku pun camtu….la ni dah berbelas tahun dia dah paham dah…kekadang dia pulak pinjam pakai…hehe
    berteromber recently posted..No Substitutes

  3. cunnn nakk…
    sesuai di pakai malam raya pertama sambil bermain bunga api..
    bofoyengfeng recently posted..Cerita Pasal Moreh

Leave a Reply to bofoyengfeng Cancel reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers