Claypot Briyani Kapitan

Malam ni, aku dengan Fauzan lepak di Restoran Kapitan Bandar Perda. Tadi sebenarnya ada TTS untuk ahli-ahli OFMA, tapi aku jumpa semua senior-senior aku sat saja tadi. Mengantuk  dan letih sebenarnya aku hari ni. Rasa macam tak beberapa sihat.

Mungkin ramai yang dah merasa Briyani Paha Kambing di Puncak Mutiara Cafe seperti yang aku pernah review dulu. Tapi seperti yang aku cakap dulu la, lain lidah, lain la rasanya. Sementelah aku di Restoran Kapitan ni, aku dikhabarkan bahawa apa yang special di sini ialah masakan Claypot Briyani. Ada 5 pilihan claypot iaitu:

Chicken Briyani (RM7.00)
Mutton Briyani (RM7.50)
Vegetables Briyani (RM4.50)
Prawn Briyani (tiada stok) – hahah
Beef Briyani (RM6.00)

Untuk malam ni, aku dan Fauzan dari Komuniti Belang R 150 (Penang) makan Chicken Briyani dan Mutton Briyani. Fauzan dah banyak kali datang kat kedai ni, aku ni jer yang 1st time datang.

Kalau nak makan dalam mangkuk tu., payahla, jadi makanla dalam pinggan yang disediakan. Kuah dhal pekat disediakan. Jadi, takla kering sangat. Tapi memandangkan aku dah pernah makan briyani full accessories, rasa macam tak puas pulak makan briyani hampir kosong macam ni. Tapi rasanya boleh tahan jugakla.

Jadi, kepada ‘pemburu-pemburu’ nasi briyani, aku rasa… Bolehla kot aku mencadangkan kedai ni untuk sesiapa yang nak rasa. Lupa nak cakap, Ayam dan Kambingnya tu, dibakar dengan cara pembakaran; sama seperti yang dilakukan ke atas ayam tandoori. Selamat mencuba! Peta ada di bawah.


View Claypot Nasi Briyani in a larger map

facebook comments:

4 thoughts on “Claypot Briyani Kapitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge