Cik Suzie Bertukar Baju

Full Design Right Side

Setelah hampir 2 tahun aku menggunakan Suzuki Belang R, gatal tangan pulak nak main-main colour dan design. Memandangkan design yang aku teringin nak letak semua orang dah buat, maka aku terus nak satu design yang abstrak dan free flow. Orang nak kata buruk ka, apa ka biarlah.. Sekadar berkongsi design baru untuk Cik Suzie. (sebenarnya ada lagi step terakhir nak buat, tapi yang ni 90% siap, kira boleh tunjuk la design akhir nanti macam mana rupanya).





Projek sebenarnya telah bermula sebulan sebelum puasa. Masa memula, ingatkan boleh siap dalam 2 hari (Sabtu dan Ahad), tapi tertangguh banyak kali akibat masalah cat dan masa. Bayangkan, untuk cover headlamp, aku dan Duan terpaksa gosok dan cat sebanyak 8 kali! Ni semua gara-gara kejadian ‘kulit limau’ setiap kali proses spray. Macam-macam teori yang keluar; kejap-kejap pikir pasal bahan coverset, kejap-kejap fikir ia disebabkan thinner lebih dalam spray can, macam-macam teori lah! King of theory! Hahhaha…

Apa-apa pun, setakat ini sajalah yang aku kongsi. Biar simple, hodoh takpa, janji design rare. Kahkahkahkah….

facebook comments:

One thought on “Cik Suzie Bertukar Baju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge